Pernah Alami Kes Musang Mati Atas Siling? Jom Ketahui Sebab Dan Punca Haiwan Tersebut Boleh Mati

448 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Boleh dikatakan ramai yang pernah mengalami masalah binatang yang sering masuk pada bahagian siling rumah.

Antara binatang yang sering memasuki bahagian siling adalah biawak, tikus, ular, tupai dan musang. Namun, ianya bakal menjadi satu masalah besar sekiranya haiwan yang berada di dalam kawasan siling itu mati dan menyebabkan bau busuk.

Seperti yang dialami oleh pemilik rumah ini, bahagian siling rumah beliau telah dimasuki musang dan malangnya musang tersebut telah mati dan meninggalkan bau yang cukup tidak menyenangkan kita.

Pasti ada sebab kenapa haiwan boleh mati dekat siling kan? Jadi, kami sediakan beberapa sebab dan teori yang boleh menjadi punca kematian musang itu.

Jom Ketahui Sebab Dan Punca Musang Mati Atas Siling

Ini di antara yang boleh menyebabkan kematian musang di atas siling:

  1. Tergigit kabel elektrik
  2. Mati beranak.
  3. Dipatuk ular atau dibelit ular sawa.
  4. Kalau ikut dari gambar musang ini berdarah. Jadi berdarah sebab apa? Kena gigit dengan apa?
Pernah Alami Kes Musang Mati Atas Siling

Pandangan dari Netizen:

Kena tahu dahulu musang itu mati sebab apa.

Kalau memang letak racun atas siling nak bunuh tikus dan sebagainya, mungkin musang itu mati sebab makan racun.

Oleh kerana itu tak sarankan sangat letak racun dalam siling.

Sebaiknya tutup lubang access binatang masuk.

Musang juga boleh mati disebabkan terkena renjatan elektrik (wire damage).

Ianya lagi bahaya kalau nak buat kerja dekat atas siling. Sebelum cuci, tutup BD dahulu.

Faktor ketiga adalah musang tersebut kena sengat atau dipatuk binatang berbisa yang ada atas siling itu

Jadi, ia perlu diperiksa dengan teliti dan betul sebelum masuk dalam siling itu. Namun ia hanyalah jangkaan sahaja sebab musang memang agak susah nak mati tanpa sebab. - Ahmad Azreen Safuan

Pernah Alami Kes Musang Mati Atas Siling

Mungkin kena selidik dahulu perkara di atas untuk penyelesaian masalah seperti ini untuk jangka masa yang panjang supaya kes seperti ini tidak berulang lagi.

Beberapa langkah penyelesaian adalah:

  1. Kalau bumbung senang dimasuki oleh haiwan-haiwan besar seperti musang dan ular sawa besar, biasanya perlu naik periksan dan baiki atau tutup mana-mana lubang yang patut.
  2. Perlu periksa kabel elektrik yang mungkin digigit oleh musang untuk elak litar pintas.
  3. Tukar beberapa siling yang sudah tercemar dengan air bangkai musang.
  4. Jika guna siling asbestos, bahagian yang terkena bangkai itu perlu diganti. Kalau nak cuci dengan air memang tak boleh.
  5. Bersihkan bahagian siling itu ganti dengan yang baru. Biasanya siling datang dengan panjang 1 meter x 1/2 meter. Selepas itu, bersihkan semua bahagian yang ada terkena bangkai itu. Kemudian, spray dengan menggunakan air cuka lebih kurang dalam 10ml cuka 1 liter botol. Bau bangkai boleh hilang.
  6. Lagi satu cara, sembur minyak diesel pada bahagian siling atas ruangan itu. Selalunya orang sembur diesel nak buang anai-anai. Mungkin boleh membantu.
Pernah Alami Kes Musang Mati Atas Siling

Itu sahaja cara mengatasi dan penyelesaian mengenai isu musang masuk dan mati di atas siling. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca di luar sana dalam menangani masalah ini.

Kredit posting: Berung Marah

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down