Projek Deco Landskap Pada Bahagian Driveway Untuk Guardhouse Condo

1,946 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tinggal di kawasan rumah kondo yang sentiasa kelihatan cantik dan bersih sudah pasti datang dari hasil kerjasama penduduk taman tersebut dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang sentiasa menjaga persekitaran kawasan tersebut.

Individu yang bertanggungjawab dalam merangka projek ini adalah Johnson Ng. Beliau telah menghasilkan satu projek landskap pada bahagian driveway untuk guardhouse condo miliknya.

Selama ini, driveway yang luas di hadapan guardhouse ini seringkali digunakan kenderaan berat untuk membuat U-turn kerana jalan ini adalah jalan mati (cul-de-sac).

Selain merosakkan driveway mereka, ia juga meninggalkan kesan-kesan tayar yang tidak boleh dibersihkan. Jadi, selama ini mereka hanya meletakkan kon-kon dan rantai untuk memagari kawasan ini daripada digunakan untuk membuat U-turn. Sebagai pintu masuk utama, ini kelihatan amat buruk.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian mengenai projek landskap pada bahagian driveway untuk guardhouse condo ini.

Projek Deco Landskap Pada Bahagian Driveway Untuk Guardhouse Condo

Saya nak share projek landskap untuk guardhouse condo saya.

Saya bukanlah seorang arkitek landskap, tetapi seorang architectural designer.

Sebagai ahli di dalam JMB sejak 4 tahun yang lalu, tugas saya memang berkisar dalam hal-hal berkaitan dengan design.

Concrete road kerbs order secara terus dari pengilang.

Deco Landskap

Dry-laying.

Projek Landskap Pada Bahagian Driveway Untuk Guardhouse Condo
Projek Landskap Pada Bahagian Driveway Untuk Guardhouse Condo

Mereka pernah survey sebuah nursery untuk mencari pasu besar dan pokok yang sesuai untuk projek ini. Namun, tiada idea menarik yang timbul, sehinggalah beliau terjumpa iklan menjual pasu granite gergasi di Facebook Marketplace.

Projek Landskap Pada Bahagian Driveway Untuk Guardhouse Condo
Projek Landskap Pada Bahagian Driveway Untuk Guardhouse Condo
Projek Landskap Pada Bahagian Driveway Untuk Guardhouse Condo

Bermula dari pasu granite ini, timbullah idea membuat Zen garden. Projek mengambil masa dua hari sabtu untuk disiapkan kerana beliau hanya dapat meluangkan masa pada hari sabtu untuk memastikan projek dilaksanakan dengan betul.

Projek Landskap Pada Bahagian Driveway Untuk Guardhouse Condo

Pasu gergasi granite ini tersangatlah beratnya. Anggaran dalam 200-250 kg. Penghantar itu cakap, "Nak setengah mati untuk menaik dan menurunkannya".

Projek Landskap Pada Bahagian Driveway Untuk Guardhouse Condo

Harga 3 biji batu gunung itu pun lebih RM1,000.

Projek Landskap Pada Bahagian Driveway Untuk Guardhouse Condo

Bonsai Juniper dan Podocarpus Macrophyllus (Buddhist pine).

Projek Landskap Pada Bahagian Driveway Untuk Guardhouse Condo
Projek Landskap Pada Bahagian Driveway Untuk Guardhouse Condo
Projek Landskap Pada Bahagian Driveway Untuk Guardhouse Condo

Proses meratakan batu kerikil 1/4" (10mm).

Projek Landskap Pada Bahagian Driveway Untuk Guardhouse Condo
Projek Landskap Pada Bahagian Driveway Untuk Guardhouse Condo

Bonsai Juniper dekat depan. Dekat belakang itu Podocarpus Macrophyllus ataupun dikenali sebagai Buddhist Pine. Kedua-duanya pokok yang bagus untuk Fengshui.

Projek Landskap Pada Bahagian Driveway Untuk Guardhouse Condo

Kos keseluruhan bahan dan upah di bawah RM10k. Cuma tinggal lighting yang belum dibuat.

Projek Landskap Pada Bahagian Driveway Untuk Guardhouse Condo

Dua biji pasu granite ini RM1,200 kira murah sangatlah kan? Siap buat. Tinggal nak buat lighting sahaja.

Projek Landskap Pada Bahagian Driveway Untuk Guardhouse Condo

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua penduduk kondo seperti ini.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down