Menjelang bulan Ramadhan dan hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Sudah pasti ramai pemilik rumah sedang sibuk untuk mencantikkan rumah kediaman masing-masing dengan melakukan ubahsuai dan dekorasi rumah.
Perkara tersebut juga dilakukan oleh wanita ini yang bernama Cik Penantian. Beliau dan suami juga tidak mahu melepaskan peluang untuk melakukan dekorasi rumah dengan konsep yang cukup menarik dan ceria.
Walaupun kos yang dikeluarkan cukup jimat dengan melakukan dekorasi secara bajet sahaja. Namun, hasil yang diperoleh cukup cantik dan memuaskan,
Tanpa berlengah lagi, jom sama-sama kita ikuti projek dekorasi raya bajet yang dilakukan ini.
Nak share deco Raya dengan bajet RM100 sahaja.
- Cat 1 liter (RM28) untuk 1 dinding, masih ada lagi tak habis guna.
- Salotape (RM2) beli di kedai Eco, nak buat garis-garis putih itu guna 6 salotape.
- Cermin (RM2) beli di kedai Eco, guna 25 keping RM55.
- Gam (RM2) beli di kedai Eco, guna 3 set gam (1 set ada 2).
Bahagian dinding ruang tamu yang ingin dipasang cermin wainscoting tersebut.
Kemudian, cat dengan warna pilihan. Cat 1 liter (RM28) untuk 1 dinding, masih ada lagi tak habis guna.
Selepas itu, untuk penghasilan garisan putih itu, ia menggunakan salotep dari kedai Eco, jadi beliau guna 6 salotep.
Cat biru yang digunakan.
Langkah terakhir pula adalah dengan memasang cermin yang juga dibeli dari kedai Eco.
Gam adhesive yang digunakan adalah jenama HIRO.
Jumlah keseluruhan cermin yang digunakan adalah 25 keping. Harganya pula sekitar RM55 sahaja.
Inilah hasil setelah dinding selesai diubahsuai. Baru la semangat nak sambut hari raya nanti.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.