Projek DIY Accent Wall Disertakan Dengan Wainscotting

7,420 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa tidak kenal wainscotting wall kan? Wainscotting wall merupakan antara dinding yang paling popular di Malaysia. Setiap deko-deko rumah cenderung untuk memilih wainscoting wall sebagai dekorasi utama mereka. Namun, apa kata kita cuba kelainan pula iaitu gabung antara accent wall dan wainscotting wall.

Seorang wanita bernama Azwina Wati telah berkongsikan satu projek beliau didalam laman Facebook. Nama projek tersebut diberi nama DIY accent wall & wainscotting. Beliau menyatakan bahawa projek ini memakan bajet dalam RM200 dan waktu untuk menghabiskan DIY ini adalah 5 hari.

Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda bagaimana Azwina Wati ini melakukan DIY tersebut dan juga bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat projek DIY ini. Hasil akhir juga akan ditunjukkan untuk inspirasi anda. Jom kita tengok perkongsian tersebut.

Projek DIY Accent Wall & Wainscotting. Wanita Ini Hangus RM200 Membuatnya.

Simpan buat kenangan. Ni namanya projek tak ada kerja cari kerja. Projek DIY accent wall & wainscoting.

Waktu dihabiskan lebih kurang 5 hari (2-3 jam sehari sbb WFH lah katakan) bekerja sendirian.

Bahan - Bahan Yang Diperlukan :-

1. Kayu wainscoting RM2.20 sebatang x 8 batang

2. Kayu spin RM3.00 sebatang x 18 batang

3. Tenom saw RM30.00++ beli kat shoppe

4. Gam Dunlop RM2.00 setin (beli Kat kedai eco x 7 tin)

5. Sand paper RM2.00 dikedai eco.

6. Instant Putty Filler RM8.00

7. Cat biru dan putih RM50.

Kos less than RM200 (RM175.20). Kalau tempah beribu ok.

DIY accent wall wainscotting

 

Cara DIY Accent & Wainscoting Wall

1) Buatkan rangka frame dahulu di dinding.

2) Buatkan corak pada dinding menggunakan kayu dan lekatkan di dinding.

DIY accent wall wainscotting

3) Tambakan lagi corak pada ruang yang kosong

4) Tadaa...selesai bahagian letak frame. Sekarang jom ke bahagian mencat pula.

5) Untuk proses mengecat, warna yang saya akan gunakan adalah seperti didalam gambar tersebut. Tremont Blue.

DIY accent wall wainscotting

6) Tadaaaa!!! Siap akhirnya. Hasil lepas mengecat projek DIY ini.

HASILNYA !!!!!

DIY accent wall wainscotting

DIY accent wall wainscotting

 

Proses gergaji antara proses mencabar

Paling mencabar tentunya bila berurusan dengan kayu terutama proses memotong (menggergaji) secara manual dan lebih menduga sewaktu proses mengecat (ramai sgt buruh cilik nak membantu)

Sekian daripada kakak comel yang tak lasak, tak join sukan outdoor dan tak kuasa nak panjat gunung tapi pandai bertukang.

Sumber : Azwina Wati

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down