Kebiasaannya tempat letak kasut orang gunakan rak ataupun kabinet atau drawer. Dan ianya diletakkan di depan pintu masuk sama ada dalam atau luar rumah.
Seorang pengguna sosial media ada berkongsi di akaun Tiktok miliknya tentang beliau DIY sendiri rak kasut tetapi dalam masa yang sama boleh dijadikan bangku untuk duduk di atasnya.
Mari kita lihat dan baca perkongsian daripada Hakim Awang ini.
Senarai bahan yang diperlukan
Sebelum melakukan apa-apa DIY perabot sangat penting untuk sketching atau buat drawing terlebih dahulu. Hal ini untuk mengelakkan berlakunya kesilapan dalam membuat ukuran bahan-bahan supaya tidak berlaku pembaziran dan buat dua kali kerja yang sama.
Berikut adalah langkah-langkah atau cara untuk membuat rak kasut tersebut dan juga hasilnya yang telah siap.
Begitulah proses untuk DIY hanging rack shoes yang dikongsi oleh Hakim Awang. Untuk rak dibahagian dalam beliau hanya membelinya di IKEA. Dan untuk susun kasut beliau beli footwear organizer. Boleh dapatkannya di Shopee atau Mr DIY.
Sekian sahaja perkongsian daripada kami yang diambil dari Hakim Awang tentang bagaimana beliau DIY hanging rack shoes di rumahnya. Semoga ada yang terinspirasi dan dapat manfaat daripadanya.