Projek DIY Kolam Renang Bajet Guna Paip PVC Sahaja

4,540 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Biasanya, apabila tiba musim cuti, sudah pasti anak-anak akan mengajak ibu-bapa pergi bercuti di tempat yang mempunyai kolam permainan. Kadangkala, ibu bapa bukan tidak mahu pergi. Namun, apa yang membuatkan niat itu terbantut dek kerana bajet yang ada kurang mencukupi.

Sekiranya tidak mampu untuk membawa anak-anak bercuti ke kolam permainan, apa kata cuba hasilkan sendiri kolam tersebut di dalam kawasan rumah dengan cara jimat bajet.

Itulah yang dilakukan oleh seorang ayah ini yang bernama Zul Mus Zul PakMat. Beliau telah menghasilkan satu projek DIY kolam renang khas buat anak-anaknya bermain.

Jadi, jom kita lihat penghasilan kolam renang yang dilakukan olehnya dengan lebih lanjut di bawah ini.

Projek DIY Kolam Renang Bajet Bawah RM200

DIY lagi, modify buat air pancut pula. Cara hasilkan boleh ikut kreativiti tersendiri. Mandi dalam keadaan santai-santai je. Janji anak-anak gembira.

Barangan Yang Digunakan:

  1. Water pump 1 hp. (Guna yang sedia ada)
  2. Paip PVC.
  3. Elbow.
  4. Tee.
  5. Gam PVC.
Projek DIY Kolam Renang Bajet Guna Paip PVC Sahaja

Jumlah Yang Diperlukan Bagi Menghasilkan Kolam Renang Ini:

  1. 20mm PVC pipe class 7 = 4 batang.
  2. 20mm PVC tee = 36 biji.
  3. 20mm PVC elbow = 8 biji.
  4. Canvas 12ft x 10ft.
  5. Gam paip PVC.
  6. Cable tie.
  7. Alatan tangan.

Kerangka siap dipasang.

Projek DIY Kolam Renang Bajet Guna Paip PVC Sahaja

Kemudian, letak canvas dan masukkan air.

Projek DIY Kolam Renang Bajet Guna Paip PVC Sahaja
Projek DIY Kolam Renang Bajet Guna Paip PVC Sahaja
Projek DIY Kolam Renang Bajet Guna Paip PVC Sahaja
Projek DIY Kolam Renang Bajet Guna Paip PVC Sahaja

Siap! Anak-anak sudah boleh mandi-manda dengan gembira.

Projek DIY Kolam Renang Bajet Guna Paip PVC Sahaja

Kos keseluruhan yang dikeluarkan adalah RM130 - RM160. Berkenaan harga barangan tersebut, ianya mengikut harga dekat kedai hardware di tempat masing-masing.

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga dapat memberi idea buat semua pembaca dalam menghasilkan kolam renang dengan cara bajet.

Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down