Projek DIY Meja Study Di Rumah Untuk Anak-Anak

735 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Zaman sekarang tahun 2021 ini boleh dikatakan hampir semua murid sekolah telah belajar dirumah secara online atau lebih dikenali sebagai PDPR ( Pembelajaran & Pengajaran Di Rumah ). Kadang-kadang tidak semua rumah ini ada tempat khas untuk anak-anak belajar.

Jadi, Fuad R Be ini melakukan satu DIY meja study untuk anak-anaknya sebagai tempat pembelajaran agar lebih selesa dan fokus kepada pembelajaran tersebut. Jom kita tengok bagaimana beliau melakukan projek DIY meja study ini.

Lelaki Ini Melakukan DIY Meja Study Kayu Pine Untuk Pembelajaran PDPR Anaknya

Lama tak bersiaran. Kali ni share projek meja study budak2. Dah nak abis pdpr meja study baru siap. Xpe la, still boleh pakai jugak lepas ni.

DIY Meja Study

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

Proses Melakukan DIY Meja Study Untuk Anak-Anak

Misi mencari kayu. Tidak tahu nak pakai kayu apa, sudahnya beli 2 keping pine board 8 x 4 18mm. Kalau pakai chipboard atau blockboard lagi murah tapi malas nak layan edging, beli je la solid board pine ni.

Part yang meleding sikit ni aku skru je je dari atas, malas pikir panjang

Lubang tadi tutup pakai habuk kayu + gam kayu. Dah kering nanti sand kan saja.

Pasang main body ni sekejap je

DIY Meja Study

Kerja buat carcass laci ni yang banyak amik masa. Nasib baik dah ada circular saw kecik tu. Klu pakai hand saw macam projek2 sebelum ni nak berbirat tangan.

DIY Meja Study

Potong sampai lebam

Pasang carcass laci & muka pakai glue & clamp. Iron tu sebenarnya kaedah no 3 untuk hilangkan meleding. Tak berkesan mana pun. Sudahnya aku skru je muka laci tu dengan carcass, lagi senang. Lubang skru tu tutup pakai habuk kayu.

Finishing aku pakai linseed oil je. Asalnya aku nak cat atau stainkan aje, tapi anak2 kata nak nampak original kayu, so layankan aje budak2 tu.

DIY Meja Study

Ni lepas sanding pakai sand paper 60 grit + 320 grit.

Tuangkan aje oil tu & aku sapu pakai kitchen towel je.

Siap minyakkan 1 meja. Tapi linseed oil ni amik masa lama nak kering betul. Kalau orang jenis tak sabar jangan cuba pakai finishing minyak macam ni. Elok pakai cat/stain/varnish/shellac/polyurathane je.

DIY Meja Study

Sementara meja tu nak kering kita layan wiring dulu.

Lepas hari ke empat jemur baru kering betul. Tapi aroma linseed oil still kuat lagi.

DIY Meja Study

Hasil Akhir DIY Meja Yang Dilakukan

DIY Meja Study

Sumber : Fuad R Be

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down