Projek DIY Sangkar Kucing Pada Bahagian Luar Rumah

11,145 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sebagai peminat si bulus ataupun kucing ini sudah pastinya kita menginginkan sebuah sangkar yang terbaik untuk kucing kan? Kalau dibiarkan kucing berada didalam rumah kita sudah pastinya banyak perkara perlu difikirkan.

Jadi, lebih elok sediakan satu sangkar untuk si bulus ini agar ia juga mendapat tempat tinggal yang elok. Badariah Md Apin berkongsikan cara untuk melakukan projek DIY sangkar kucing yang bertemakan ala-ala hipster gituuu.

Badariah Md Apin berkongsikan cara untuk lakukan diy tersebut didalam sebuah grup facebook yang bernama "Tukang Apa Hari Ini". Perkongsian tersebut telah mendapat reaksi yang positif dari ahli grup tersebut. Jom kita tengok perkongsian daripada Badariah Md Apin ini.

Cara Untuk Melakukan Projek DIY Sangkar Kucing Yang Bertemakan Ala-Ala Hipster

SANGKAR KUCING

Assalam semua. Ni first time saya share dalam group ni. Projek DIY sangkar kucing sempena PKP.Material yang saya gunakan ialah angle bar, expended metal, kayu pallet, ply wood & kerahan tenaga encik suami. Saiz pula ialah 7' x 7' x 3'.

Disebabkan daripada diy ini maka terjadilah sangkar kucing ala-ala hipster ni pada bahagian luar rumah saya.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk DIY Ini

Cara Untuk Melakukan DIY Sangkar Kucing Hipster Ini

Masa renovate rumah, memang siap2 buat tingkap besar ni. Dah plan nak buat sangkar yang attach dengan rumah, supaya kucing boleh keluar masuk & senang nak bersihkan sangkar.

Proses memasang rangka dijalankan pada bahagian luar rumah.

Projek DIY Sangkar

Selepas memasang rangka, pasang pulang expended metal ini. Yang macam ada jaring-jaring tu.

Memotong kayu untuk buat atap dan dinding sikit.

Proses mengecat sangkar kucing ini. Saya memilih warna hitam untuk warna sangkar saya ini.

Projek DIY Sangkar

Lekatkan sangkar tersebut kat dinding dengan skru.

Varnishkan kayu agar warna nampak lebih timbul dan kayu nampak berkilat.

Projek DIY Sangkar

Selepas selesai varnishkan kayu dan biarkan sehingga kering, pasangkan kayu tersebut pada sangkar kucing.

Siap dah !!! Tapi masa ni belum pasang cabinet, si bulus dah rasmikan dulu

Projek DIY Sangkar
Projek DIY Sangkar

Ni masa dah pasang kabinet. Kabinet tu buat isi makanan, pasir, plastik dan lain-lain keperluan diorang

Kredit : Badariah Md Apin

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down