Adakah bahagian belakang rumah anda nampak kosong ataupun dah bersemak samun? Sekarang masanyer untuk anda ubah bahagian tersebut dengan melakukan projek cantikkan bahagian halaman rumah anda yang dilakukan oleh Udak Ekin ini.
Perkongsian daripada Udak Ekin ini beliau hanya menggunakan beberapa keping plywood, rumput karpet dan juga weedmat untuk mencantikkan bahagian halaman rumah tersebut. Jom kita tengok bagaimana projek mencantikkan bahagian belakang halaman rumah ini dilakukan.
PROJEK PKP KAMI SEKELUARGA
Projek Laman Belakang Rumah bersama En Suami dan 2 hero kecik yang tersayang.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan idea kepada rakan-rakan diluar sana yang menginginkan sebuah ruang privacy bersama keluarga
Proses Bagaimana Untuk Cantikkan Halaman Rumah Ini
Misi clearkan laman belakang rumah daripada rumput2 yang susah nak mati. Mula susun bata2 lebihan buat tabletop. Sayang nak buang jadi kita buat deko2 untuk ruang tanam sayur2 dan bunga2 nanti.
Tadaaaa , nilah hasil pertama yang dilakukan. Sampai sekarang sis terfikir lorong kecik tengah2 tu nak menuju ke mana.
Proses ni yang paling lama sebab nak kena korek tanah untuk keluarkan batubata dan akar rumput yang degil susah nak mati
Yang pasal lorong menuju entah ke mana tu, akhirnya sis suruh En Suami buang je lorong tu.
Haaaa begini la hasil selepas 2 bulan clearkan belakang rumah. Tanah untuk tanam sayur pun dah ready
Proses mengecat belakang plywood untuk tutup pagar belakang rumah. Ni plywood wbp dan ia kali air. InsyaAllah tahan untuk letak di luar rumah. Boleh la buat cover pagar and sedapkan mata untuk setahun 2 ni.
Proses pasang plywood di pagar laman belakang rumah.
Hasilnya lepas plywood diletakkan dipagar. Boleh la ada ruang yang tertutup sedikit untuk bercucuk tanam dan anak2 bermain
Lapisan pertama untuk plywood gunakan cat undercoat premier. Yang seterusnya ialah lapisan minyak.
Kita pasang weedmat pulak. Ni saya beli di shopee je. Boleh dapatkan di link yang ada ni.
Kemudian kita pasang pula artificial grass ni. Bagi saya rumput ni berkualiti dan sangta berbaloi dengan harganya.
Tadaaa!!! Nilah hasilnya. Anak-anak dah boleh baring dan sis pun dah boleh bercucuk tanam dengan aman.
Sumber : Udak Ekin