Ada peminat katil jenis floating tak dekat sini? Katil jenis ini sememangnya cukup menjadi kegilaan individu bujang kerana ianya mampu membuatkan katil bilik lebih kelihatan mewah dan menarik.
Selain dari individu bujang, masih ada juga golongan yang sudah berkahwin masih mahu menggunakan katil jenis ini. Seperti insan yang bernama Hja Raisa Alipah ini, meskipun sudah memiliki dua cahaya mata. Namun, beliau masih mahu menggunakan katil jenis terapung seperti ini.
Sudah pasti penggunaan katil jenis ini kadangkala ada yang kata ianya tidak kukuh dan ada juga yang kata ianya sangat kukuh. Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Katil terbang, ada yang pakai macam ni tak? baru siap buat.
Sebelum ini, beliau berkongsi katil terapung yang telah siap dipasang. Jadi, sudah pasti ramai yang tertanya-tanya sama ada ianya kukuh atau tidak.
Jawapannya sudah pasti sangat kukuh dan tidak bergoyang langsung seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah ini.
Kayu pada alas tilam itu pun sama. Disebabkan oleh keluasan bilik ini sederhana, jadi, tukang bagi alas tilam itu lebih lebar daripada tilam.
Kayu yang digunakan dalam box itu sangat padat dan solid.
Kayu untuk tilam itu juga adalah jenis Solid Wood. Boleh dikatakan kesemua kayu yang digunakan adalah jenis solid
Konsep yang dihasilkan adalah ala-ala hotel. Tetapi, bezanya adalah dekat hotel mereka guna kusyen. Kalau bilik kecil, lebih baik buat yang sama besar dengan tilam sahaja.
Walaupun beliau mempunyai dua orang cahaya mata iaitu lelaki dan perempuan yang sangat suka melompat di atas katil. Namun, ketahanan katil ini cukup kukuh, tiada langsung bunyi pada kayu. Buat masa ini penggunaannya tidak ada masalah.
Hasil penuh katil ini setelah selesai dipasang. Cukup cantik dan menarik kelihatan mewah ala hotel.
Bagi yang bertanya, berapakah kos untuk membuat katil jenis ini. Kos yang diminta oleh kontraktor adalah RM1900 termasuk semua. Namun, pihak kontraktor tersebut juga memberikan diskaun. Jadi, ianya lebih murah sedikit.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.