Projek Serikan Bilik Tidur Rumah Kampung Jadikan Ala Bilik Hotel

313 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap pemilik rumah sudah pasti menginginkan bilik tidur mereka sentiasa kemas dan cantik supaya dapat berehat di dalam keadaan yang selesa.

Walaupun pada asalnya bilik tidur tersebut merupakan bilik kampung sahaja, sekiranya ia digayakan dengan konsep yang bersesuaian, sudah pasti dapat menjadikan ruang tersebut menarik dan wow.

Seperti yang dilakukan oleh seorang pakar dekorasi dalaman rumah ini yang bernama Kuchik Ghazali. Disebabkan pemilik rumah ini mahukan bilik tidur tersebut kelihatan seperti hotel, beliau telah menunaikan impian pemilik tumah tersebut.

Jadi, jom kita lihat hasil ubahsuai yang berjaya dilakukan di bawah ini.

Projek Serikan Bilik Tidur Rumah Kampung Jadikan Ala Bilik Hotel Dengan Bajet Minimal

Client minta serikan bilik rumah kampung ala-ala bilik hotel gitu.

Saya cuba dan tada! Inilah hasilnya.

Konsep:

- Cuba seminimal mungkin.

- Perlunya pengorbanan untuk singkirkan khazanah barang lama yang disayangi.

- Code cat: 0231.

Bahagian bilik tidur sebelum diubahsuai.

Projek Serikan Bilik Tidur Rumah Kampung Jadikan Ala Bilik Hotel
Projek Serikan Bilik Tidur Rumah Kampung Jadikan Ala Bilik Hotel

Bilik tidur selepas diubahsuai.

Dinding tersebut hanya menggunakan plywood sahaja. Plywood juga banyak jenis size dan ketebalannya. Kalau guna yang biasa pun boleh asalkan tidak nampak melentur.

Bagi pemilihan cat pula, boleh gunakan cat minyak atau cat kayu. Fungsinya dapat membuatkan liang-liang roma dan liang halus kayu tersebut tertutup kemas oleh cat minyak dan shining.

Projek Serikan Bilik Tidur Rumah Kampung Jadikan Ala Bilik Hotel

Bagi penghasilan dekorasi bilik seperti ini, pada ruang bahagian tengah itu memang kosong. Saiz ketebalan biasa sahaja sebab kayu tulang belakang tersebut itu jaraknya 2 darjah. Jadi, plywod itu tidak akan melentur.

Untuk brand cat yang digunakan pula adalah SKK paint gloss/Cat kayu dan besi.

Tukang cat menganggap brand ini setaraf dengan brand mahal seperti Jotun. Hasil kualiti tak pernah tak okey. Harga lebih murah tapi kualiti sangat terbaik.

Projek Serikan Bilik Tidur Rumah Kampung Jadikan Ala Bilik Hotel

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai ubahsuai bilik tidur pada ketika ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca di luar sana. Selamat mendeko.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down