Proses DIY Ubahsuai Ruang Dapur Terhad

9,481 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pada zaman era yang penuh dengan kemodenan ini, sangat jarang kita lihat aktiviti bertukang dan projek-projek DIY dilakukan oleh golongan wanita. Kebanyakan golongan wanita pada masa kini kurang berminat dalam melakukan kerja-kerja bertukang dan ubahsuai dalaman rumah yang selalunya dilakukan oleh golongan lelaki.

Namun, itu semua tidak bagi wanita ini yang bernama HoneyAnje ZI Fotografi. Beliau melakukan proses DIY ubahsuai ruang dapur terhad dengan caranya yang tersendiri.

Apa yang membuatkan perkongsian ini sangat menarik adalah hasil ubahsuai dapur kecil yang dilakukan olehnya kelihatan sangat cantik dan kemas walaupun ruang dapur terhad.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.

DIY Ubahsuai Ruang Dapur Terhad Kepada Dapur Yang Cantik

Gambar dapur asal dan gambar dapur sekarang. Hasil buat sendiri. Walau tak secantik dapur orang lain alhamdulillah berjaya buat sendiri sampai sakit-sakit pinggang dibuatnya. Yang penting selesa dan kemas dapur kecil kita.

Keadaan ruang dapur rumah sebelum diubahsuai.

Ruang Dapur Terhad

Bahagian dapur lama yang menggunakan meja biasa dialihkan. Kemudian, proses-proses membina semula dapur berkonsepkan table top dilakukan dengan mengikat jongkong bata terlebih dahulu.

Ruang Dapur Terhad

Selepas jongkong selesai di ikat, proses seterusnya pula adalah dengan membuatkan kerangka bahagian atas supaya mudah untuk dimasukkan simen mengikut acuan yang disediakan.

Proses DIY Ubahsuai Dapur Ruang Terhad

Simen telah selesai dimasukkan pada bahagian acuan table top yang telah disediakan. Tunggu sehingga ia betul-betul kering.

Ruang Dapur Terhad

Selepas itu, pasang kepingan marble itu pada bahagian atas dapur tersebut.

Proses DIY Ubahsuai Dapur Ruang Terhad

Inilah hasilnya setelah dapur selesai diubahsuai dengan konsep table top yang cukup menarik dan kelihatan mewah tetapi dengan gaya simple dan bersahaja.

Proses DIY Ubahsuai Dapur Ruang Terhad

Dapur dari sudut pandangan memanjang.

Ruang Dapur Terhad

Gambar penuh keadaan ruang dapur setelah selesai diubahsuai.

Ruang Dapur Terhad
Ruang Dapur Terhad

Tak sangka kan? Seorang wanita mampu buat semua ini sendiri tanpa bantuan orang lain? Sangat cantik dan menarik. Tentulah ubahsuai ruang dapur terhad ini lagi jimat daripada upah orang lain. Daripada dapur kecil yang biasa terus bertukar menjadi dapur dengan gaya yang mewah.

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down