Waktu pkp ini sangatlah mencabar bagi kita ini semua. Ada yang melakukan projek DIY, melakukan makeover rumah dan juga ada yang melakukan proses meluaskan bahagian dapur rumah orang tua mereka macam yang dilakukan oleh Tun Mansor ini.
Tun Mansor telah berkongsikan dengan kita semua beberapa proses bagaimana beliau melakukan proses memperluaskan bahagian dapur rumah peninggalan orang tua beliau. Ia memerlukan banyak masa namun hasilnya sangatlah berbaloi selepas siap kesemua proses tersebut.
Ingin melihat bagaimana beliau melakukan proses ini? Jom kita melihat perkongsian yang dikongsikan oleh beliau ini. Pasti anda semua akan terpukau dengan hasil yang dilakukan oleh Tun Mansor ini.
Sedikit perkongsian, baiki bahagian dapur rumah peninggalan orang tua. Sedikit perubahan dengan budget yang termampu bagi keselesaan.... Jika ada apa2 komen penambahbaikan dipersilakan. Nanti saya kongsi perubahan ruang tamu, laman depan. Tq
Bahagian Dapur Yang Asal
Inilah dia bahagian atau juga ruang asal dapur rumah peninggalan orang tua saya. Kecik sahaja namun ingin melakukan pembaikian yang menyeluruh.
Bahagian didalam dapur asal.
Proses Merobohkan Dapur Asal
Proses membaiki ini dilakukan dengan melakukan merobohkan dapur asal tersebut. Selepas selesai proses meroboh baru kita boleh teruskan dengan melakukan dinding baru ruang tersebut.
Proses menaikkan tiang baharu.
Proses membuat lantai pada dapur tersebut.
Sisa-sisa bahagian dapur asal yang perlu dibuang. Banyak sangat ni.
Dinding dah naik dah tu. Lepas ni, boleh proceed ke bahagian mengecat dan memasang peralatan dapur.
Permandangan daripada bahagian luar. Sebanyak 5 kaki tambah pasir dilakukan.
Proses Memasang Dapur
Proses pemasangan kabinet pada ruang dapur yang baharu. Kos nya ada dalam RM7K
Hasil Akhir Proses Meluaskan Bahagian Dapur
Inilah dia hasil akhir proses luaskan bahagian dapur rumah peninggalan orang tua saya. Kesemua ini adalah mengikut kemampuan bajet.
Saiz island table itu lebih kurang 5 kaki panjang dan 2 kaki lebar. Sebenar nya itu adalah bar counter beli kat kedai perabot je. Kebetulan boleh masuk pula dgn kabinet dapur.
Sumber : Tun Mansor