Semua orang pastinya mempunyai hasrat untuk melakukan sesuatu perkara dengan lebih baik. Lebih-lebih lagi apabila perkara itu dapat menggembirakan hati orang tersayang terutama ibu ayah. Jika bukan sekarang bila lagi nak berbakti kepada ibu ayah kan. Walaupun duit yang keluar tu boleh tahan banyak, tapi tak apa lah bukan selalu, apa salahnya kan.
Para wanita tentunya happy kalau bersembang pasal emas. Begitu juga apabila sebut mengenai renovate dapur. Maklumlah dapur yang cantik dan kemas akan bagi mereka semangat yang lagi wow untuk memasak.
Banyak je sumber yang boleh dijadikan inspirasi untuk ubahsuai dapur. Sama ada dari segi cara penyusunan rempah, diy kabinet dan lain-lain. Perkongsian daripada langitfadz ini juga boleh dijadikan inspirasi untuk korang renovate dapur.
Keadaan Rumah Sebelum Renovasi Dilakukan
Siapa je yang tak terfikir nak renovate dapur bila tengok dapur yang mak kita guna untuk masak makanan kesukaan kita macam ni. Daripada bazirkan duit gaji buat beli benda yang tak sepatutnya, baik guna duit tu untuk jadikan ruang dapur ni lebih ceria dan cantik. Confirm berbunga-bunga hati bidadari kita bila dapat tahu mengenai projek renovasi tersebut.
Semasa Proses Renovasi Dilakukan
Ruang dapur di cat semula kepada warna putih. Kabinet bawah dapur direnovasi kepada fully simen dan mozek. Kabinet atas juga diletakkan supaya barang dapur dapat disusun dengan lebih praktikal.
Hasil Akhir Setelah Renovasi Dilakukan
Wahh, memang sejuk perut ibu mengandung bila anak renovate dapur macam ni. Dapur tampak lebih luas, bersih dan mewah.
Sekian sahaja perkongsian daripada Giler Deco mengenai renovasi dapur lama berusia 30 tahun untuk ibu tersayang. Harap dapat membantu anda dalam mencari idea untuk melakukan renovasi dapur.
Sumber : @langitfadz (Tik Tok)