Rumah yang mempunyai ruang terhad boleh nampak luas sekiranya pemilik rumah pandai mengubahsuai dengan susunan barangan yang bersesuai dengan konsep dan tema kediaman rumah.
Seperti yang dilakukan pada rumah jenis flat ini, pemilik rumah yang bernama Mas Aura dan suami telah berjaya menghasilkan ubahsuai pada rumah flat miliknya dengan menerapkan dekorasi yang menjadikan kediaman ini lebih kelihatan luas dan menarik.
Rumah ini dibeli pada tahun 2017 dengan harga RM135k. Boleh dikatakan lama juga proses rundingan berjalan hampir setahun. Pada 2018, beliau baru mendapat kunci dan proses mengemas dan pembersihan dilakukan secara berperingkat sehinggalah siap sepenuhnya pada tahun lepas. Selepas itu, dekorasi diteruskan mengikut tahun ke tahun.
Untuk melihat proses ubahsuai ini dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian di bawah ini.
Sebelum & Selepas Reno Rumah Flat 650sqft.
Deko bajet je. Banyak yang saya dan suami DIY sendiri, wainscoting buat sendiri, cat sendiri dan cornice pun DIY sendiri, dengan tengok cara-cara dekat Youtube.
Moga memberi idea dan inspirasi.
Ruang tamu sebelum diubahsuai ketika pertama kali mendapat kunci.
Ruang dapur sebelum diubahsuai. Ruang dapur bersambung terus ke ruang tamu. Jadi, beliau renovate tambah dinding antara ruang dapur dan ruang tamu.
Dapur selepas table top dibuat dan tiles ditukar. Beliau pecahkan tingkap pada dapur itu supaya lebih luas.
Selepas mendapat bonus, suaminya kumpulkan duit terlebih dahulu. Kemudian, barulah proses renovate dapur dan pemasangan table top dilakukan dahulu. Seterusnya, proses pemasangan tiles dilakukan.
Projek ubahsuai dua bahagian ini modalnya lebih kurang dalam RM11k. Selepas itu, apabila sudah siap barulah buat wiring. Kemudian, tukar lampu dan kipas satu rumah.
Pintu ruang bilik tidur sebelum diubahsuai.
Ketika ini permulaan proses renovate mahu dilakukan.
Bilik tidur selepas tiles dipasang.
Proses pemasangan wainscoting dipasang pada bahagian dinding. Bagi membuatkan ruang dinding itu lebih menarik, pemasangan cermin wainscoting turut dilakukan juga.
Wainscoting selesai dilakukan satu rumah. Pandangan dari pintu masuk. Pada bahagian kiri itu adalah bilik air.
Pintu itu masih cantik dan elok, berat untuk tukar baru. Jadi, kita DIY juga letak kayu wainscoting dan cat sahaja sudah nampak cantik serta jimat.
Keadaan ruang tamu setelah selesai diubahsuai. Seterusnya barulah cat dan tiba-tiba idea buat wainscoting dan cornice sampai.
Disebabkan mereka bekerja, jadi perlu buat wainscoting itu sikit-sikit dahulu apabila waktu cuti. Kabinet itu beliau baru buat tahun lepas berharga RM2.6k. Anggaran habis lebih kurang RM20k untuk semua.
Ruang tamu setelah dideco.
Penggunaan langsir seperti itu lebih membuatkan ruang ini kelihatan menarik.
DIY accent wall untuk bilik utama mereka adalah dengan menggunakan warna biru diraja dan emas.
Ruang makan selepas diubahsuai.
Bahagian laluan ke bilik dan ke dapur turut didekorasikan supaya lebih ceria. Rak kasut yang digunakan adalah dari IKEA.
Keadaan selepas diubahsuai dari pintu masuk. Kiri itu bilik kecil, tandas dan dapur.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana dalam cuba untuk ubahsuai rumah masing-masing. Semoga bermanfaat.