Sesiapa kat sini yang pernah ataupun sekarang sedang menetap di sebuah kuarters polis? Betul ker kuarters polis ini mempunya sebuah ruang yang besar dan kawasan yang luas? Jika betul dalaman rumah tersebut adalah luas maka anda bolehlaaa bebas melakukan apa jua deko mengikut kemahuan anda.
Pengguna Facebook bernama Noor Sharina ini berkongsikan hasil sebelum dan selepas ruang besar kuarters tersebut yang diberikan deko yang cantik. Deko tersebut dilakukan oleh encik suaminya dan beliau sendiri. Makan masa juga nak buat namun hasil akhir selepas buat tu sememangnya berpuas hati.
Dapat bertukar ke kuarters polis, rumah agak besar senang anak belari. Dapat lah kemass & deko2 simple
Ruang Besar Kuarters Polis Kosong Diubah Kepada Deko Yang Cantik
Pada awal masuk kedalam kuarters polis, inilah keadaan sekeliling kuarters tersebut. Tengok ruang sini pun dah besar sangat-sangat.
Ini pula adalah bahagian dapur kuarters. Juga ia punya keluasan sangat besar dan kelihatan luas.
Jadi, encik suami masa ni sedang membuang segala debu dan kotor yang telah lama berkumpul dalam ni.
Ruang dapur pula dikemaskan oleh saya. Guna mana yang ada dan tambah sedikit perabot agar nampak cantik.
Tadaaaaa! Ini pula hasil dekorasi cantik pada ruang kuarters yang luas dilakukan oleh encik suami tadi.
Kurangkan guna perabot sebab nak bagi nampak betapa luasnya dalaman ruang rumah kuarters ini.
Kredit : Noor Sharina