Tak perlu duit yang banyak untuk bahagiakan seorang isteri. Cukuplah dengan memenuhi kemahuannya mengikut kemampuan masing-masing. Artikel kali ini menceritakan seorang suami DIY counter bar untuk isteri tersayang.
Pengguna Tiktok, Danish ada berkongsi proses suaminya DIY counter bar di rumah mereka.
Barang yang diperlukan:
Langkah yang pertama adalah, ukur dahulu ketinggian dan lebar counter bar yang diinginkan. Selepas itu potong besi C channel ikut ukuran yang sudah ditentukan tadi. Kemudian buat rangka table top.
Selepas siap buat rangka, pasang playwood untuk tutup bahagian counter top. Dan guna USG board untuk tutup c channel dan bahagian depan counter bar. Ini untuk membuat hasil nampak lebih kemas.
Langkah seterusnya, setelah sudah siap pasang semua, cat dengan warna putih. Bahagian ini terpulang kepada anda. Jika anda memang inginkan counter top warna putih, boleh cat untuk layer yang kedua dengan cat arcylic untuk hasil nampak lebih berkilat.
Dan begini la hasilnya. Walaupun hanya menggunakan c channel dan playwood sahaja, tetapi tetap nampak cantik dan mahal. Yang penting kerja kena kemas.
Kesimpulannya, lelaki kalau dah sayang akan buat apa sahaja untuk isterinya. Semoga dapat sesuatu dari perkongsian ini.