Dekorasi rumah sememangnya deko yang penting untuk dilakukan pada bahagian rumah agar ianya sentiasa dipandang cantik oleh tetamu yang datang kerumah. Siapa sangka tips deko simple yang dikongsikan oleh Amilia Anuar mampu untuk jimatkan ruang kabinet dan drawer pada bahagian rumah ini.
Jom kita melihat sebuah dekorasi rumah beliau yang cantik ini dan juga bagaimana beliau mampu jimatkan ruang kabinet pada bahagian rumahnya.
Assalamualaikum
Dulu saya pernah post tapi xsiap lagi masa tu. Rumah 800 sqft je. Mmg mencabar sebab barang banyak. Jangan kate seronok ade duit ape pun boleh buat. 9 tahun saya berangan2 dulu nak ade rumah sendri, akhirnye Allah swt makbulkan dapatla rumah comel ni.
Berbekalkan kesyukuran, kite cuba la buat ape yang boleh untuk bagi anak2 happy dan selesa In Shaa Allah. Jadi plan saya, banyak guna kan build in cabinet, build in drawer untuk jimatkan ruang.
Tips Deko Simple Yang Mampu Digunakan Untuk Dekorasi Rumah Anda
Lampu satu rumah saya beli semua sendiri di House of Lighting Puchong total cost dalam RM 800. Saya pasang dgn Amir Osma.
Kos dua2 dapur wet + dry + headboard katil, wall fit in spice rack + wall mounted study table bilik anak2 (RM 13,000+). Saya buat dgn Maxable Construction.
Flooring pula adalah SPC Light Ash Oak satu rumah (RM 4,995).
Pull out kitchen cabinet pula saya beli online shopee je sebab nak maximize space dalam cabinet tu dan tak payah bongkok2 selalu cari barang. Kalau nak tempah dgn contractor kitchen cabinet Maxable tu pn boleh.
Untuk bilik baju yang kecil, saya masukkan pax ikea jadi saya boleh ubah2 dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan jugak untuk maximize ruang.
Pintu bilik guna wainscoting jenis sticker je. Bila dah cat, die takkan kembang atau kecut. Tapi kene make sure ukur dan garis dulu sebelum tampal ok. Total 3 pintu bilik saya guna 20 meter wainscoting. Total cost RM 90. Beli kat shopee. Lain2-lain perabot semua saya beli dekat Shopee dan Ikea sahaja.
Saya beli dgn 0172444905 (frequency) dia anta dan siap pasang dalam RM 1450. Tilam pula saya beli sekali dengan katil. Custom size tilam ikea sbb katil ni ukuran die besar dari katil normal. Kos RM 1200 kalau tak silap. 12 inci tebal, sekali dengan topper aloe vera yang tebal. Custom untuk suami saya yang ade backpain dan slip disc.
Total cost satu rumah termasuk furniture, deco, kipas2, lampu, aircond2, plaster ceiling, kitchen, water heater, etc. Dari kosong sampai jadi rumah la senang cte. Hehe. RM 50,000 plus.
Kredit : Amilia Anuar