Tips Pemilihan Bata "Decorative Bricks" Untuk Dinding Luar

2,198 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Untuk melakukan dekorasi batu bata pada rumah ini sudah semestinya memerlukan beberapa pengetahuan yang cukup. Jika anda tidak tahu jenis apa batu bata yang digunakan atau juga cara untuk memasang batu bata pada dinding dengan betul, kemungkinan akan kelihatan tidak cantik.

Ikuti beberapa tips pemilihan bata "decorative bricks" yang dikongsikan oleh アリフ モクタル ini. Beliau berkongsikan jenis batu bata yang ada dan juga cara untuk memasang batu bata pada dinding secara DIY sahaja. Jadi, jom kita lihat beberapa tips mengenai batu bata ini dan cara yang betul untuk hasilkan dekorasi batu bata pada dinding.

Tips Pemilihan Bata "Decorative Bricks" Yang Betul Untuk Dilakukan Pada Dinding Luar

Tips pemilihan bata "decorative bricks" iaitu Facing Bricks atau pun lebih moden yakni Stone Veneer untuk dinding luar, pagar batu atau apa2 sahaja struktur seperti outdoor table top, flower planter, outdoor bench.

Perkara Perlu Difikirkan Sekiranya Dilakukan DIY "Decorative Bricks"

  • Jenis surface finishing yakni unplastered menggunakan Facing Brick. Ni nak kena susun cantik2, dengan penggunaan teknik Layering-> Gap Measure > Brushing> Wet Sponge Wipe> Grouting with Jointer Tool. Pergi ke kedai hardware, minta Facing Brick yang ade permukaan licin tanpa "burnt marks", kalau ada pun satu atau dua permukaan sahaja, permukaan lain mesti licin dan warna sekata. Facing Brick atau Facing Clay Brick ni tebal, ikut standard engineering bricks
  • Sekiranya ade budget, boleh guna Stone Veneer dengan pelbagai color, surface profile dan saiz yg boleh dipilih. Stone Veneer ni nipis dan ditampal seperti tiles ke dinding telah siap.
  • Jenis susunan bricks seperti Zig-Zag Pattern, Herringbone, Running Bond, Basketweave. Saya pilih Running Bond yakni susunan paling simple tetapi versatile dengan industrial look.
  • Jenis acuan bricks yakni sama ada Flat Bricks atau Corner Bricks. Sebab Stone Veneer adalah nipis berbanding standard red bricks, so kita kena beli bahagian Corner Bricks supaya finishing di bahagian bucu nampak natural.
  • Keluasan yang diperlukan, ini sangat penting supaya kita tidak terlebih atau terkurang membeli Stone Veneer. Dealer yang bagus adalah yang boleh estimate dan bagi anggaran berapa kotak diperlukan mengikut keluasan yang anda berikan.
  • Jenis simen gam - gunakan Sika Ceram 88 Tiling Premixed.
  • Jenis Topcoat - High Gloss Finishing untuk Mansory Bricks.

Cara Untuk DIY "Decorative Bricks" Mengikut Tips

Susun dulu nak cari idea.

Tips Pemilihan Bata

Running pattern. Jenis stone verneer yg berbeza mengikut Surface Profile, Color, Rusty dan Size.

Tips Pemilihan Bata

Jenis stone verneer yg berbeza mengikut Surface Profile, Color, Rusty dan Size. Sebelum pasang, test dulu gam simen dan gap antara bricks.

Starting point kena penting. Kalau start dah salah, sampai habis akan salah atau senget. Semak betul2 sebelum pasang grouting. Bila sudah grouting, end of story.

Tips Pemilihan Bata

Susunan bahagian bucu menggunakan acuan Corner Brick Stone Verneer. Jangan guna yang acuan Flat Brick nanti bucu tak cantik.

Siap ditampal, belum grouting, belum coat.

Hasil selepas grouting dan high glossy topcoat.

Sumber : アリフ モクタル

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down