Tips Penjagaan Bata "Decorative Bricks" Untuk Dinding Luar

2,831 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Jika sebelum ini アリフ モクタル pernah berkongsikan cara untuk memilih sebuah "decorative bricks" atau juga batu bata yang cantik untuk diletakkan pada bahagian dinding luar bahagian rumah anda. Kali ini beliau berkongsikan kembali cara atau tips penjagaan bata yang betul agar ia mengekalkan kecantikkan batu bata tersebut.

Dengan adanya tips ini, anda dapat melihat perbezaan sebuah dinding batu bata yang telah dilakukan coated dan juga yang belum coated oleh beliau. Jadi, tips penjagaan batu bata ini wajib diketahui oleh anda semua. Ikuti bagaimana untuk mengetahui tips yang dikongsikan ini.

Tips Penjagaan Bata "Decorative Bricks" Yang Betul Untuk Dilakukan Pada Dinding Luar

Tips untuk jaga stone verneer atau decorative bricks (boleh juga facing bricks). Gunakan Glass Finish Topcoat (acrylic base atau special blend untuk jenama bricks tu) untuk:

- Naikkan natural color bricks (seperti red bricks). Color akan jadi lebih deep, darker dan evergreen.

- Shiny atau glossing effect. Nampak "luxury" sikit.

- Waterproofing, utk mengelakkan air hujan/lembapan masuk ke celah2 rekahan grouting atau bricks punya liang2 (porousities). First layer kena betul2 sapu topcoat pada semua bahagian, liang2, rekahan2 antara bricks dan grouting. Guna berus + roller.

- Stain proofing, untuk mengelakkan kotoran (air hujan + tanah) yang merecik kepada bricks melekat. Hanya dengan sembur air senang hilang kotorannya.

Lumut pun susah nak lekat atas permukaan yang telah coat. Semoga membantu.

Beberapa Tips Penjagaan Bata Yang Betul Dilakukan Ini

Ini merupakan batu bata yang belum coated. Freshly cemented guna Simen Gam Sika 88.

Sekilas pandang perbazaan antara batu bata coated dengan yang belum coated.

Tips Penjagaan Bata

Water repellent effect. Kalau tiup ni titisan air ni boleh bergerak dan jatuh ke tepi.

Tips Penjagaan Bata

Gloss coated 2 layers

Contoh Decorative Bricks yang saya gunakan.

Ini antara bahan-bahan yang digunakan untuk menjaga batu bata ini iaitu Stone Care High Gloss, isipadu minima 1L. Brand Suzuka. Sebelah tu ubat semut, sembur pada pokok yang ade sarang semut.

Tips Penjagaan Bata

Beza uncoated dengan gloss coated (2 layers). Yang tak coated (tak ade gloss effect) tu sudah berumur 4 tahun. Yang baru coated baru sebulan dinaikkan (outdoor stone table) dan saya terus coat.

Tips Penjagaan Bata

Kredit : アリフ モクタル

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down