Sebagai ibu dan isteri selalu tiada masa memikirkan apa yang perlu dimasak setiap hari atas dasar kesibukan bekerja pada siang hari.
Seperti yang dilakukan oleh Puan Balqis ini, beliau ada berkongsi di akaun Tiktoknya tentang tips penyimpanan bahan masakan untuk berbuka puasa. Khas untuk para ibu yang sibuk bekerja.
Yang pertama sediakan stok tumisan yang sudah siap dikisar. Kisar dengan minyak masak supaya kesegaran lebih lama. Simpan dalam bekas kecil-kecil atau balang supaya tidah mudah rosak.
Tips yang kedua, asingkan protein atau lauk dengan setiap bahagian untuk sekali masak.
Bahan masakan seperti halia, serai, lengkuas boleh rendam di dalam bekas kemudian simpan dalam peti di bahagian sejuk beku. Hal ini untuk mengelakkan bahan-bahan cepat rosak dan layu.
Akhir sekali, untuk bahan yang berdaun seperti daun limau nipis, daun kari atau daun sup, boleh la rendam dalam plastik ais krim dan simpan dalam peti di bahagian sejuk beku. Juga untuk mengelakkan ia cepat layu.
Sekian sahaja perkongsian kita kali ini. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. Selamat berpuasa.