Apabila bulan ramadan sudah mula memasuki 10 malam terakhir, warga yang tinggal di kota sudah mula merancang perjalanan balik kampung untuk beraya bersama keluarga dan saudara mara.
Dalam kegembiraan ingin pulang, sudah pasti sebelum balik ke kampung banyak persiapan yang perlu dilakukan terlebih dahulu.
Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom teruskan bacaan di bawah ini.
Tips Semasa Ingin Pulang Beraya Di Kampung
Terdapat beberapa tips yang perlu di amalkan sebelum dan semasa pulang ke kampung. Di antaranya adalah:
Sebelum Meninggalkan Rumah:
- Cabut semua plug dekat dinding kecuali plug peti sejuk.
- Buang sampah sebelum meninggalkan rumah.
- Jangan biarkan baju tersidai di luar terlalu lama. Kalau boleh bawa masuk ke dalam rumah.
- Pastikan double triple check kipas dan lampu sebelum meninggalkan rumah.
- Bersihkan dan kosongkan sink supaya tidak berbau.
- DIAPERS anak-anak jangan biar dalam toilet atau ditempat parking kereta. Ringankan tulang untuk buang dekat dalam tong sampah. Belajar jadi manusia yang bertamadun.
- Bagi wanita pula, kalau boleh jangan biar atau buang merata bekas pad yang penuh darah period dekat dalam toilet. Buang dalam tong sampah!
- Jangan lupa bawa toiletteries.
- Semat butang baju Melayu.
- Pin brooch pada beg jangan dilupakan.
- Kain Sampin.
- Charger Phone.
- Duit dan sampul raya.
- Pastikan niat nak buat jamak qasar.
- Jangan kelam kabut dan marah-marah semasa pulang, jangan over happy. Bersederhanalah.
- Tinggalkan rumah dengan tawakkal pada Allah untuk menjaganya.
Tips Tambahan Semasa Di Jalan Raya:
- Sebelum keluar baca surah al-Fatihah, ayat Kursi, Bismillahillazi. Berniat ziarah, niat menjadikan perbuatan kita ibadah.
- Lapangkan dada dan solat serta baca doa musafir.
- Pastikan semua ahli keluarga masuk kereta. Jangan tertinggal pula isteri, suami dan anak-anak.
- Pastikan top-up touch n go.
- Sentiasa kira cukup bilangan anak, terutamanya di RnR.
- Jangan buang sampah lepas berbuka di tepi lebuh raya.
- Jangan solat di tepi highway. Cari surau atau tempat yang sesuai untuk solat sebab boleh mendatangkan bahaya seperti kemalangan.
- Apa yang paling penting adalah jangan lupa bagi signal semasa masuk simpang.
- Apabila sudah bagi signal, jangan lupa tutup semula!
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai tips semasa ingin pulang beraya di kampung pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.