Adakah bilik stor dirumah anda tersebut kosong atau tidak ada yang menggunakannya? Jika bilik stor tersebut kosong, anda boleh melakukannya sebuah transformasi bilik stor tersebut kepada sebuah bilik tidur yang cantik.
Macam yang dilakukan oleh Nor Khalida ini, beliau mendapat idea yang menarik untuk melakukan transformasi terhadap bilik tersebut. Menurutnya, dengan hanya menggunakan barangan daripada Shopee sahaja sudah cukup.
Beliau berkongsikan transformasi tersebut didalam laman sosial Facebook beliau. Perkongsian tersebut mendapat perhatian daripada pelbagai pengguna yang lain. Jadi, jom kita tengok perkongsian beliau ini mengenai transformasi bilik stor yang kosong kepada bilik tidur yang cantik.
DARI BILIK STOR KITA TRANSFORM JADI BILIK TIDURÂ
Hasil deko yang simple dan menarik. Bilik kecik je. Maaf lupa nak ambil pic before dalam stor. Dah tampal vinyl baru teringat. Beli dari Shopee, Ikea. Time2 PKP ni beli barang online sajaa
Barang-Barang Shopee Yang Digunakan Untuk Transformasi
Rupa Bilik Stor Yang Asal Sebelum Transformasi
Ruangan bilik stor yang asal. Sebenarnya tak ingat nak ambik gambar sebelumnya kerana masa ini sudah pun melakukan proses memasang lantai vinyl.
Dari Bilik Stor Yang Kosong Kepada Bilik Tidur Yang Cantik
Inilah dia rupa bilik stor yang sekarang namun ia bukan lagi bilik stor tetapi sebuah bilik tidur yang sangat cantik. Dengan hanya menggunakan barang shopee sahaja sudah cukup untuk membuat bilik ini nampak cantik dan menarik.
Sumber : Nor Khalida