Pada masa kini, rasanya tidak ramai yang mampu untuk memiliki rumah sendiri pada usia muda. Namun, jika pandai menguruskan kewangan, sudah pasti impian untuk memiliki rumah akan tercapai dengan lebih awal.
Setelah memiliki rumah, pasti kita mahu lakukan deco supaya kelihatan lebih menarik. Perkara tersebut telah dilakukan oleh suri rumah ini yang bernama @fasz.nadiah.
Pada permulaan, beliau memilih untuk mengubahsuai ruang dapur terlebih dahulu. Jadi, untuk lihat keadaan sebelum dan selepas dapur ini diubahsuai. Boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Keadaan dapur rumahnya sebelum diubahsuai. Kos yang dikeluarkan untuk menghasilkan renovasi dapur adalah lebih kurang 20k.
Inilah rupa dapur setelah beliau berjaya menukarkan dapur yang kosong kepada satu konsep yang cukup mewah.
Material yang digunakan boleh rujuk pada gambar di bawah.
Lapisan permukaan itu ala marble kita panggil backsplash tiles.
Detail barangan elektronik yang digunakan ada pada gambar di bawah.
Beliau cukup terharu kerana impiannya untuk memiliki dapur yang kelihatan mewah dan elegan di usia 25 tahun tercapai juga akhirnya.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya dapat memberi inspirasi buat semua pembaca di luar sana dalam menghasilkan dekorasi dapur.
Selamat mendeco!