Transformasi Master Bedroom Suram Berkonsepkan Suasana Tenang Dan Cozy

311 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kelahiran seorang anak sudah pasti menjadi penyeri di dalam sesebuah rumah tangga. Namun, perlu diketahui, proses selepas bersalin memerlukan rehat yang secukupnya agar tubuh badan dapat pulih dengan lebih cepat.

Jadi, bagi memastikan ibu berpantang dapat menghabiskan proses pantang di dalam keadaan yang selesa dan tenang, adalah menjadi tugas suami dalam menyediakan satu bilik khas buat isteri yang telah bertarung nyawa dalam melahirkan zuriat kita.

Individu yang bertanggungjawab dalam menghasilkan dekorasi pada bahagian bilik ini adalah Ummul Habibah Mohd Nasir. Beliau telah berjaya menggalas tanggungjawab tersebut dan menghasilkan satu deco yang cukup menarik untuk ibu berpantang.

Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom terus ikuti perkongsian dengan lebih lanjut di bawah ini.

Transformasi Master Bedroom Suram Khas Buat Ibu Bersalin

Happy weekends uolls and happy sharing.

Suasana master bedroom yang suram telah diubahsuai kepada yang lebih tenang, cantik dan cozy supaya ibu bersalin lebih rasa aman dan selesa untuk berpantang.

Boleh tengok gambar sebelum dan selepas di bawah ini.

Bahagian bilik tidur ini sebelum diubahsuai.

Transformasi Master Bedroom Suram

Bilik tidur selepas diubahsuai.

Transformasi Master Bedroom Suram

Gambar bilik tidur ini sebelum dan selepas diubahsuai.

Bilik wardrobe sebelum diubahsuai.

Transformasi Master Bedroom Suram

Bilik wardrobe selepas diubahsuai.

Transformasi Master Bedroom Suram

Gambar penuh bilik tidur ini setelah berjaya diubahsuai.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana dalam menghasilkan dekorasi untuk ibu mengandung.

Selamat mendeco.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down