"Aduhaiiiii, kenapa setiap kali membasuh baju dalam mesin basuh ni kadang ada sedikit kotor pada baju?"
Mesti ada yang perasankan setiap kali anda membasuh baju walaupun guna mesin basuh akan ada sedikit kotorankan? Itu merupakan kotoran yang berkumpul didalm mesin basuh selama ini yang anda gunakan. Jika tidak bersihkan mesin basuh, masalah ini akan berulang.
Untuk elakkan daripada masalah tersebut berulang seeloknya anda kena tahu cara untuk bersihkan mesin basuh yang diajarkan oleh Hani Mynis ini. Senang sahaja cara bersihkan mesin basuh ini kerana anda boleh lakukan sahaja seorang diri dirumah tanpa bantuan orang lain. Perempuan juga boleh lakukan tanpa mengharapkan bantuan suami.
Tips Dan Tutorial Bagaimana Untuk Bersihkan Mesin Basuh Dirumah Gaya Eropah
Dah lama hani tak buat tutorial pembersihan kan. Seperti dijanjikan, ini ialah #tutorialhani untuk pembersihan rapi mesin basuh. Setiap mesin basuh ada feature yg berbeza kan.
So ni hani tunjuk 3 kaedah tub cleaning yang boleh dilakukan utk buat pembersihan rapi mesin basuh kat rumah masing-masing
Tips Yang Dilakukan Untuk Bersihkan Mesin Basuh Di Rumah
Untuk buat deep cleaning mesin basuh, buat dua-dua bahagian iaitu dalaman dan luaran.
Bersihkan dalaman dulu baru bahagian luaran mesin basuh.
Sebelum buat tub cleaning, bersihkan lint trap dahulu. Rujuk gambar. Kalau lint trap penuh dengan lint (ie kotor), kita buat tub cleaning pun tak guna sebab kekotoran yang keluar semasa kita buattub cleaning tak di perangkap oleh lint trap kita. Sebab tu ada yg kekotoran tertinggal kat bahagian tub.
Setiap mesin basuh ada lint trap built in di dalamnya. Kalau lint trap rosak boleh guna lint trap yang jenis floating untuk bantu perangkap lint. Rujuk gambar floating lint trap.
Kalau selepas buat tub cleaning masih ada sisa kotoran kat tub, boleh bersihkan kotoran secara manual dulu. Kutip mana yang boleh, boleh guna penyapu dan penyodok mini (yang selalu kita letak dalam kereta tu) atau guna vakum cleaner je. Pilih mana yang mudah.
Untuk buat pembersihan rapi mesin basuh ni tak semestinya kena guna pencuci tub yang khas. Kalau nak guna yang khas boleh beli di Eco, Mr. DIY, Daiso dan Shopee.
Selain itu boleh guna peluntur (ie Clorox), guna antiseptic (ie Dettol) atau cuka. Bergantung kepada tujuan kita buat tub cleaning. Untuk peluntur atau antiseptic, ikut arahan pada botol masing-masing. Kalau nak hilangkan bau hapak dalam mesin basuh, boleh guna bancuhan cuka. 1 cawan kecil memadai.
Disarankan kita buat pembersihan sekerap mungkin iaitu setiap kali selepas cucian. Guna sabun apa-apa pun memadai. Personally, Hani suka guna sabun basuh pinggan jenis cecair.
Untuk pembersihan bahagian luaran, kalau bahagian luaran buat dari tampered glass, boleh guna pembersih cermin/tingkap.
Untuk bahagian badan mesin basuh, elakkan guna pencuci mengandungi harsh chemical,bleach,solvent.
Selepas selesai semua tub cleaning, bilas semula lint trap kita tadi untuk pastikan kita mula sesi cucian pakaian seterusnya dengan lint trap yang bersih dan kosong.
3 Kaedah Untuk Bersihkan Mesin Basuh Ini
Gunakan Setting TUB CLEAN Sedia Ada
Power > add (TUB CLEAN) > water level (HIGH) = 69 min
Masukkan pencuci pilihan.
Biarkan run sampai habis.
Kalau ada kekotoran keluar, bersihkan (kutip guna tangan, penyapu tangan, atau vaccum cleaner).
Basuh persekitaran tub juga (tepi2 tub dan detergent dispenser)
Bilas = POWER > PROGRAM (QUICK WASH) > WATER LEVEL (EXTRA LOW) = 24 min.
Jumlah masa = 93 min
Guna Setting SOAK
Power > Program (SOAK) > water level (HIGH)> START = 30 min
masukkan pencuci pilihan
Lepas dia soak 30 minit. Dia akan automatic run cycle wash-rinse-spin selama 60 minit.
Kalau ada kekotoran keluar, bersihkan (kutip guna tangan, penyapu tangan, atau vaccum cleaner).
Basuh persekitaran tub juga (tepi2 tub dan detergent dispenser)
Bilas = POWER > PROGRAM (QUICK WASH) > WATER LEVEL (EXTRA LOW) = 24 min
Masa tempoh soak ni, jangan cemas pulak bila tub mesin basuh tu tak bergerak, dia memang akan pause sekejap-sekejap. Nama pun soak = rendam.
So bila dia rendam memang tub tu tak bergerak. Kejap-kejap dia akan pusing. Kalau mesin basuh hani masa soak ni selang 1 minit 30 saat dia akan berpusing selama 1 minit.
Jumlah masa = 114 min
Secara MANUAL
Power > Program (WASH ONLY) > START * semasa proses ni dia akan berpusing mcm biasa masa kita cuci kain. = 20 min
Masukkan pencuci pilihan.
Lepas 20 min., Off Power.
Biarkan 30 minit =guna timer.
Selepas 30 minit, buang air dalam tub
Power> program (rinse) >start. Biarkan penutup wm terbuka. Lepas dia buang air kotoran, wm akan berbunyi, suruh tutup penutup wm utk spin. Tak perlu spin. Power off terus. Rinse = 5 min
Kalau ada kekotoran keluar, bersihkan (kutip guna tangan, penyapu tangan, atau vaccum cleaner).
Basuh persekitaran tub juga (tepi2 tub dan detergent dispenser)
Bilas = POWER > PROGRAM (QUICK WASH) > WATER LEVEL (EXTRA LOW) = 24 min
Jumlah masa = 69 min
Cara-Cara Untuk Bersihkan Tub Mesin Basuh
Ini lint trap
2. Basuh bersih link trap. Hani guna berus dari Mr diy ni. Berus ni terbaik yang hani pernah ada
3. Jangan lupa bahagian lint trap kat dalam tub
4. Dah Pasangkan balik, kita boleh mula buat tub cleaning.
5. Boleh tengok dekat kaedah tub cleaning tadi.
6. Kalau ada floating lint trap, masukkan je sekali. Ni optional.
9. Ini floating lint trap. Beli kat shopee. Rujuk gambar akhir. Daiso pun ada jual
10. Lepas selesai buat tub cleaning guna kaedah 1/2/3 tadi. Bersihkan Bahagian sekeliling tub. Termasuk kat tebing-tebing tub dan detergent/softener dispenser ini. Hani spraykan clorox. Peluntur macam ini berkesan kalau ada kesan kulat/tahi lalat pada tebing-tebing tub.
11. Tebing tub guna clorox
12. Dah selesai buat tub cleaning dan pembersihan sekeliling tub tadi, kena bilas supaya tiada kekotoran atau sisa pencuci tertinggal dalam wm. Memadai bilas menggunakan setting QUICK WASH. Bilas = POWER > PROGRAM (QUICK WASH) > WATER LEVEL (EXTRA LOW) = 24 min.
13. Untuk bahagian luar mesin basuh. Memandangkan bahagian atas ni ialah tampered glass, hani guna pembersih glass/window sahaja
14. Untuk bahagian luar (bawah) memadai hani guna pembersih serbaguna. Resepi seperti dalam gambar ya.
15. Siap! Berkilatkan?
16. Ni paling penting! Amalkan selepas basuh baju atau selepas pembersihan rapi biar dia terbuka macam ni supaya bau dalam mesin basuh tak kepam ya. Pengudaraan yang baik penting supaya dalam tub betul-betul kering. So takdelah baju kita bau hapak walaupun selepas dicuci.
Ada yang takut nak buka besar-besar penutup wm tu sebab takut anak atau kucing masuk. Jangan risau sendal je supaya ada sedikit pengudaraan. Hani sendal guna lint trap tadi.