Pasangan Ini Melakukan Ubahsuai Bilik Air Rumah Mertua

59,938 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tandas antara bilik yang sangat penting untuk rumah kita. Apabila tandas kita ini nampak bersih dan menyerlah disertakan sekali wangi yang sangat harum akan membuatkan lagi tandas kita lebih disegani untuk digunakan.

Seperti yang dilakukan ubahsuai bilik air rumah mertua oleh Nurul Syifaa dan suaminya ini. Tandas kampung di rumah mertua ini daripada rupa yang teruk dan buruk kini sudah pun berwajah baharu. Jom kita tengok perkongsian mengenai ubahsuai bilik air yang dilakukan ini oleh pasangan suami isteri ini.

Pasangan Suami Isteri Ini Kongsikan Hasil Akhir Melakukan Proses Ubahsuai Bilik Air Rumah Mertua

Alhamdulillah ubah suai blik air mertua dari kami suami isteri dengan kos bajet untuk nampak bersih. Dah 25 tahun lebih rasanya. Kolam air pun mak mertua dengan arwah ayah buat sendiri. Suami cat dan saya psang wallpper. Kos rm200+vinly floor eco code A015 rm36

- Cat putih brand Matex kami tak campur Air RM38

- cermin eco suami cat hitam sendri rm2.10

- besi rak beli kat eco, potong papan letak wallpaper

Doakan kami murah rezeki

Rupa Tandas Rumah Mertua Pada Asalnya & Proses Ubahsuainya

Beginilah keadaan dan juga rupa asal tandas dirumah mertua ini. Biasalah rumah kampung kan. Sememangnya rupa macam ni namun kami ini tidak sanggup untuk melihat keadaan tandas kelihatan sebegini.

Sebab itu kami ingin melakukan ubahsuai agar rupa tandas kampung ini nampak berlainan daripada rupa tandas yang asal.

Ubahsuai Bilik Air Mertua

Kolam air ni antara hasil kerja mak mertua dan juga arwah ayah yang dilakukan secara sendiri.

Ubahsuai Bilik Air Mertua

Proses mengubahsuai tandas ni dimulakan terlebih dahulu dengan membersih dan menyental kotoran yang degil.

Inilah dia hasil menyetal dengan kuat. Sekurangnya bersihlah jugak kan? Hehehehe. Seterusnya selepas menyental dan membersihkan bahagian tandas ni, si suami akan mengecat tandas dengan warna baharu manakala si isteri pula akan memasang wallpaper stiker pada dinding tandas tersebut.

Ubahsuai Bilik Air Mertua

Rupa Dan Hasil Akhir Tandas Mertua Ini Selepas Dilakukan Ubahsuai

Inilah dia hasil akhir ubahsuai rupa tandas kampung rumah mertua ini. Sebenarnya kami tak banyak buat apa-apa kerja kerat pun. Cuma sekadar mengecat warna yang baharu, memasang stiker wallpaper dan membersihkan bahagian tandas yang kotor.

Ubahsuai Bilik Air Mertua

Ramai yang kagum dengan perubahan rupa tandas ini. Ada juga sempat bertanya apa barangan yang digunakan untuk menukarkan tandas buruk sehingga jadi cantik sebegini.

Berikut merupakan barangan -barangan yang saya beli untuk ubahsuai bilik air mertua ini.

Ubahsuai Bilik Air Mertua
Ubahsuai Bilik Air Mertua

Sumber : Nurul Syifaa

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down