Panggung wayang merupakan tempat untuk anda dan juga family pergi tengok cerita yang terbaru keluar. Sekarang dengan musim virus Covid-19 ini menyaksikan beberapa sektor hiburan banyak terjejas antaranya ialah panggung wayang. Ada juga terpaksa ditutup kerana musim pandemik ini.
Bagi anda yang merupakan kaki wayang pastinya akan merasa bosan kerana tidak dapat menonton cerita kegemaran anda yang terbaharu. Namun, usah risau kerana ada penyeselesaiannya. Apa kata anda buat sahaja bilik wayang mini seperti yang dilakukan oleh @iamajayrahman.
Beliau menyatakan terdapat satu bilik kosong dirumah dan mendapat idea untuk mengubahsuai ruang bilik kosong tersebut dijadikan kepada bilik wayang mini untuk family tersayang. Jom kita saksikan bagaimana cara beliau mengubah bilik tersebut dan hasil yang dilakukan.
Baik jugak kalau reno bilik kosong jadikan small cinema boleh layan Netflix 24jam
Keadaan Bilik Kosong Yang Terbiar
Proses Mengubahsuai Bilik Kosong
Bilik tersebut dicatkan dengan warna hitam kerana warna hitam ini sesuai dengan suasana panggung wayang. Ia juga dapat mengurangkan silau skrin dan juga suasana tersebut dapat mengalihkan perhatian kepada sktin tersebut. Apabila hendak mengecat, pastikan cat tersebut rata, tidak silau dan tidak berkilat.
Hasil Bilik Wayang Mini
TV yang dipasang pada dinding ini adalah bersaiz 70 inci. Pastikan tv tersebut merupakan smart tv kerana smart TV dapat membuka segala jenis aplikasi antaranya ialah Youtube, Netflix dan pelbagai lagi aplikasi penstriman yang lain. Namun, anda memerlukan wifi yang laju dan kuat untuk strim.
Aircond juga dipasang agar bilik tersebut sejuk sama seperti suasana di panggung wayang.
Koleksi-koleksi yang kami pernah beli ketika pergi menonton wayang. Maklumlaa suami kan kaki wayang.
Macam mana dengan ubahsuai bilik ini dijadikan sebagai bilik wayang mini ini? Sememangnya wajib dilakukan tambah pula dengan musim covid 19 ini. Nak pergi wayang boleh tengok dirumah sahaja.
Sumber : @iamajayrahman