Penghasilan dekorasi baru pada rumah sewa memang perlu bagi memastikan keluarga kita dapat tinggal dalam keadaan yang selesa.
Jika pemilik rumah sewa itu membenarkan kita melakukan ubahsuai supaya kekal cantik, apa kata kita tukarkan sedikit bahagian yang suram tersebut supaya kelihatan kembali ceria.
Itulah yang dilakukan oleh penyewa ini yang bernama Sumarti Ana. Beliau telah berjaya mengubahsuai rumah sewanya itu kepada satu konsep deco baru.
Jadi, jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Setelah 4 tahun menyewa, beliau berkata, mula-mula duduk rumah ini berkonsepkan English country. Namun, lama-kelamaan rasa bosan, jadi beliau jual segala barangan dan perabot yang berkaitan.
Sekarang, beliau ingin mengubah tema rumah sewa itu dengan tema moden klasik.
Pada ketika ini, beliau baru selesai lakukan DIY faux fireplace hasil rujukan dari Pinterest dengan tema sedap mata memandang.
Proses kedua pula adalah dengan melakukan DIY picket fence dan shiplap untuk ruang pintu masuk.
Pada ketika ini, hanya 4 keping tidak cukup dan terpaksa tunggu lori hantar barang. Apabila sudah sampai, kerja pemasangan akan disambung semula.
Pada ketika ini, proses mengecat dengan cat putih tinggal 30% sahaja lagi nak siap. Kemudian, sapukan sedikit cat hitam dan tinggal 20% lagi nak siap.
Itulah konsep yang diterapkan pada pagar, segalanya putih dan bahagian pagar besi itu warna hitam. Seterusnya, hanya proses cantikkan kawasan cat yang bercapuk itu.
Pada bahagian pagar nanti, beliau mahu pasang lampu solar yang berharga RM4. Kemudian, tampal nombor rumah dan beli pokok mandiri dan letakkan dalam pasu hitam tinggi dekat tiang pagar pada kawasan bawah lampu solar.
Seterusnya pula adalah proses pemasangan grand mirror pada bahagian ruang tamu. Cermin disusun terlebih dahulu sebelum bingkai tersebut dicat.
Kemudian, frame cermin utama dicat dengan warna putih.
Inilah hasil setelah cermin selesai ditampal pada bingkai tersebut.
Rupa bahagian dinding ruang tamu setelah dipasang grand mirror.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buuat semua pembaca di luar sana yang masih mencari idea untuk cantikkan rumah sewa masing-masing.
Selamat mendeko.