Selepas hampir 40 tahun menetap di kediaman tersebut, seorang pemilik rumah dari Subang ini akhirnya mengambil keputusan untuk memberi nafas baru kepada hampir semua tingkap rumahnya dengan ubahsuai menggunakan tingkap louvre.
Tingkap lamanya yang merupakan tingkap jenis casement berbingkai kayu, telah pun reput sehingga sukar untuk ditutup dan dibuka dengan lancar. Penggunaan kayu juga semestinya mengundang anai-anai yang mengakibatkan kerangka kayu berubah warna dan akhirnya rosak.
Menyedari masalah tersebut, pemilik rumah ini telah menggantikannya dengan tingkap louvre aluminium Breezway yang tahan lebih lama dan tidak berkarat.
Jom sama-sama kita saksikan beberapa gambar transformasi tingkap kediaman tersebut.
Transformasi di tandas. Penggunaan tingkap louvre di tandas dapat memberikan pengudaraan yang baik untuk mengelakkan lantai mahupun dinding tandas sentiasa lembap yang memudahkan pertumbuhan lumut yang berbau.
Di ruang tamu berhampiran tangga. Pemilik juga telah memasang security bar untuk keselamatan tambahan.
Selain security bar, pemilik turut memasang jaring tingkap di bahagian bilik belakang bertujuan untuk mengelakkan nyamuk atau sebarang serangga daripada memasuki bilik.
Tingkap louvre di ruangan lain.
Mungkin ramai menyangka bahawa tingkap jenis louvre, seakan ketinggalan zaman dan menyusahkan, walhal tingkap jenis louvre sangat sesuai dengan iklim negara kita dan berupaya memberikan pengudaraan yang baik untuk setiap kediaman.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.
Pengarang asal: Jannah Abd Rahman