Wainscoting Frame Gambar Cara Mudah Dan Senang

10,897 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kalau pergi kerumah kawan-kawan yang besar dan cantik ini pasti anda akan terpegun melihat dekorasi rumah mereka kan? Nak-nak kalau rumah mereka semua ada deko wainscoting frame gambar yang cantik menghiasinya . Tidak rasa tergugat ker kalau rumah anda tiada wainscoting frame gambar tersebut?

Usah risau kerana wainscoting ini tidaklah susah sangat pun untuk dilakukan malah wanita juga boleh melakukannya dengan diri sendiri. Macam yang dilakukan oleh Fatin Syamini Fasyarania Jamaludin ini, beliau hanya membuat wainscoting secara diri sendiri sahaja.

Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda semua bagaimana untuk melakukan DIY wainscoting frame gambar macam yang dilakukan  oleh Fatin Syamini Fasyarania Jamaludin. Jom kita tengok cara dan hasil daripada perkongsian beliau tersebut.

Wainscoting Frame Gambar Yang Simple & Senang

Hari ni free sikit saja nak share cara diy wainscoting pasal ramai pm tanya harga dan tempah kat sapa

Saya buat sndiri dan modal pun dalam rm200 ja so jangan cakap orang perempuan tak boleh buat smua keja ni sendiri okay

Setiap gambar ada cara2 untuk melakukannya

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-

Cara Melakukan Wainscoting Frame Gambar

1. Ada 2 jenis patern yang saya buat. Ni yang 1st dengan menggunakan wallpaper kaison. Panel kayu bawah sekali tidak letak sebab dah ada border tile.

Wainscoting Frame Gambar

2. Yang ni patern ke 2 paling senang. Guna finishing dengan cat gold sahaja. Frame tengah2 tu beli frame gambar kat Mr.DIY

Wainscoting Frame Gambar

3. Panel kayu ni google ja sebab aritu tak sempat snap gmbar. Yang penting ukur dahulu panjang wall yang kita nak buat. Kayu no 1 kena lekat atas skali. Nombor 2 untuk buat frame, no3 letak bawah skali kat lantai, yang X tu tak perlu letak pun tak apa.

4. Ni rupa kayu2 tu. Saya bawa balik rumah kena licinkan dahulu guna kertas pasir

Wainscoting Frame Gambar

5. Lepastu tambahkan filler diruang tersebut. Apabila cat nanti nampak bercantum elok ja dan tak nampak gap dah.

6. Taraa! Dah siap cat kayu atas bawah. Masa ni frame beli tak ckup so hari lain baru letak frame lain.

Wainscoting Frame Gambar

7. Ni color finishing untuk design yang no 2 tu. Saya guna salak brown. Cat saja atas kayu tu. Dah kering selapis cat lagi sampai nampak color dia dah serap masuk kayu tu.

Wainscoting Frame Gambar

Ni saya buat lining atas kayu yang dah letak finishing tadi. Harga rm 7.90 ja beli kat kedai cat jalan langgar. Terus nampak exclusive bila letak gold ni.

Yang belakang tu hasil diri sendiri.

Sumber : Fatin Syamimi Fasyarania Jamaluddin

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down