Pernah tak anda, anak anda atau sesiapa yang berasa gatal pada badan ataupun selalu selsema selepas bangun daripada tidur? Jika anda kerap berlaku seperti ini, ia mungkin sebab tilam anda yang anda tidur tersebut telah kotor dan penuh dengan debu yang tak elok. Anda kena tahu cara untuk bersihkan tilam yang kotor tersebut.
Secara purata, kita selalu menghabiskan kira-kira 4 - 8 jam sehari diatas tilam. Jika nak bersihkan dibawah dan juga celah-celah tilam sudah pastinya tak mampukan. Oleh itu, anda harus mengikut cara bersihkan tilam anda gunakan taktik "Deep Cleaning Proses" daripada Syuhaidah Asmaa Khalid ini.
Beliau berkongsikan cara-cara tersebut didalam laman sosial Facebook milik beliau. Jadi, seeloknya anda melakukan proses ini agar tidak akan gatal setiap kali tidur ditilam. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.
Step by step on how to deep clean your mattress.
Tilam ni tempat biak banyak kuman2 kan macam kita tengok iklan febreez tu. Kita habiskan masa secara puratanya 5-8 jam sehari atas tilam, so deep clean sangat perlu ok.
Nak angkat tilam jemur memang tak larat la kan nak2 kalau tilam 12 inch tu..so boleh guna cara ni tuk buat deep clean mattress. Boleh try buat dalam 4 bulan sekali or time ade family members yang demam ke sakit.
Bahan Yang Diperlukan :-
Proses Membersihkan Tilam Yang Kotor
1. Vacuum tilam guna kepala vakum yang kecil muncung tirus tu( tak guna untuk vacum lantai)
2. Hilangkan stain kat tilam. Terpulang la pakai cara ape pun. Saya lebih suka letak baking soda, sembur ngan cuka biarkan seketika, gosok dengan kain ( skip step ni jika tilam tak kotor)
3. Tabur baking soda biarkan dlm 4-6 jam untuk serap moisture dan odour.
4. Vakum lebihan soda bikarbonat tu
5. Spray dettol + air
6. Anginkan tilam dengan membuka tingkap semua
Sumber : Syuhaidah Asmaa Khalid