Projek Mengecat DIY Corak Lantai Menggunakan Stencil Board

99 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sebelum ni Giler Deco dah share mengenai DIY corak lantai menggunakan stencil board hasil dilakukan oleh owner facebook juga. Namun, kali ini masih lagi sama iaitu cara buat corak lantai guna stencil board yang dilakukan oleh Zarina Zul.

Menurut daripada Zarinal Zul, hasil corak lantai yang dilakukan tersebut telah dikongsikan didalam sebuah grup facebook dan mendapat banyak reaksi positif. DIY corak lantai tersebut bukannya hanya bajet semata-mata tetapi hasil yang premium mengalahkan hasil dilakukan orang profesional.

Nak tengok bagaimana hasil ini dilakukan? Jom kita tengok diy ini dengan lebih terperinci.

Projek DIY Corak Lantai Guna Stencil Board Ini Ubah Lantai Rumah Nampak Lebih Cantik

Saya nak share sikit hasil kerja, sebab banyak belajar pasal cat/coating/primer kat sini. Terima kasih banyak2 post/komen pasal cat lantai. MasyaAllah, alhmdulillah. Ni projek DIY saya yang pertama. Banyak cacat cela & kurang kemas, tapi saya selalu ingatkan diri sendiri, “kalau cantik kemas & perfect, professional painter yang buat, bukan awak.” Selalu orang start small, stencil meja ke, almari ke.. saya buat driveway terus. Alhamdulillah setelah berbulan2.. akhirnya lantai driveway rumah saya siap.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk DIY Corak Lantai Ini

Nippon Multi Purpose Floor Coating 5L RM155 warna pastel. RM201 warna gelap.

Primer. Nippon Acrylic 5170 Wall Sealer. 5 liter. RM105

Nippon PU Recoatable Finish (Top Coat) glossy. 5L RM255.

Nippon Floor Coating Non Skid Silica RM17.

Dan last sekali adalah stencil board corak yang diinginkan. Stencil yang saya guna beli dari Etsy. Nak yang lagi murah, ada yg shopee, tapi saya tak pernah guna.. tak semua boleh pakai untuk stencil ruang besar mcm ni.. kena cari yang design berulang.

DIY Corak Lantai

Cara Untuk Lakukan Corak Pada Lantai Guna Stencil Board

First sekali, letakkan stencil board kat lantai. Ejas posisi dan catkan macam gambar dibawah ini. Actually ni dah jadi me time saya. Cat mcm ni berulang2 sampai lah siap.

DIY Corak Lantai

Sebab kita yang buat dia.

Kalau zoom in, bnyk je cacat cela.. tapi sebab print dia besar2 and garis tak halus, mana2 cacat tu. Hanya saya yang tahu.

DIY Corak Lantai

Dah habis cat, Part ni paling best adalah buka dan tengok.

Anak pun suka bergolek di driveway meneman mak nye mengecat kat luar.

MasyaAllah. End product. First time main cat, bila buat top coat glossy, agak ketara kalau ada part yg kita terskip. Dahlah newbie, cat Semua clear. tak sure mana part dah kena, mana belum.. sebab top coat ni cepat keras, nak top up balik part yang termiss tu.

DIY Corak Lantai

Kredit : Zarina Zul

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down