Bahagian Dapur Rumah Arwah Mak Ayah Diberi Nafas Baharu

3,288 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Alangkah indahnya kalau masih ada lagi rumah ibubapa kan? Jika masih ada lagi sememangnya dinasihatkan untuk menjaga rumah tersebut sebaik yang mungkin. Rumah tersebut merupakan kenangan ketika kita semua masih lagi kanak-kanak.

Jika kita dah besar ni sememangnya harus untuk melakukan sebuah pembaikkan terhadap rumah tersebut. Yuesran Muhamad Salleh ini melakukan tugas sebagai anak untuk menjaga dan melakukan sebuah pembaikkan terhadap rumah arwah mak ayah beliau.

Jika sebelum beliau berkongsikan pembaikkan diruang tamu. Kali ini, beliau berkongsi pula pada bahagian dapur pula. Dari sebuah dapur kelihatan suram kini nampak lebih moden, luas dan cantik. Warna yang dipilih adalah warna putih dan koko sememangnya warna yang sepadan.

Bahagian Dapur Rumah Arwah Mak Ayah Diberikan Nafas Baharu Menjadi Dapur Moden

Dapur arwah mak bapa saya beri nafas semula. Dulunya hanya dapur biasa tapi dengan idea idea saya. Saya cuba untuk ubah suai menjadi dapur moden. Alhamdulillah siap dengan jaya nya. Semuanya idea saya sendiri dan deko saya sendiri. Banyak yang saya kena lakukan untuk ubah dapur ini menjadi cantik dan luas.

Lagi lagi mau dekat raya jadi semuanya kena pantas untuk menjadi kan ia sempurna. Kos anggaran untuk dapur ini sahaja melebihi apa yang saya target tapi untuk kepuasan saya tetap lakukan hehe

Ini la dia sebelum/selepas

Lokasi : tawau sabah

Sebelum & Selepas Hasil Makeover Bahagian Dapur Rumah Arwah

Gambar dibawah ini merupakan gambaran bahagian dapur sebelum makeover ini dilakukan.

Bahagian Dapur Rumah

Proses ini dimulakan dengan membaiki bumbung atas ini. Risau takut ada tempat yang bocor.

Selepas itu, letakkan siling baharu dan tebukkan lubang untuk masukkan lampu.

Bahagian Dapur Rumah

Tadaaaaa! Inilah dia hasil makeover yang dilakukan terhadap bahagian dapur rumah arwah mak ayah ini.

Bahagian Dapur Rumah

Wainscoting juga harus dilakukan untuk menaikkan lagi seri dekorasi bahagian dapur ini.

Bahagian dapur warna putih dan dipadankan pula dengan warna langsir warna koko ini sememangnya kombinasi yang paduu.

Untuk tengah ni diletakkan meja makan untuk makan bersama dengan family tersayang.

Bahagian Dapur Rumah
Bahagian Dapur Rumah
Bahagian Dapur Rumah
Bahagian Dapur Rumah
Bahagian Dapur Rumah

Kredit : Yuesran Muhamad Salleh II

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down