Tidak semua orang mampu untuk membeli meja konsol. Hal ini kerana, bagi yang kurang berkemampuan memang agak berfikir dua kali untuk mengeluarkan bajet bagi membeli meja konsol.
Namun, sekiranya mahu berjimat cermat, apa salahnya jika cuba hasilkan sendiri dengan cara DIY sahaja. Perkara tersebut telah dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Ahmad Faeez. Beliau telah berkongsi mengenai cara mudah DIY console table gaya premium mewah hanya guna paip PVC.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian projek DIY yang menarik ini.
Tengok SSF console table harga boleh bawak meninggal. Maka, mula la google cari design untuk DIY. Tak ada pula design, reka la sendiri dan inilah hasilnya.
Barangan yang digunakan :
Langkah pertama adalah sediakan plan dan lakaran.
Pastikan peralatan yang ingin digunakan itu cukup lengkap kesemuanya.
Paip pvc mula dipasang.
Sambungan paip pvc mula membentuk kerangka meja konsol.
Pemasangan rangka telah selesai.
Hasil selepas proses DIY ini selesai dilakukan. Cantik dan kreatif.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca diluar sana dalam mencari idea untuk melakukan DIY meja konsol seperti yang dilakukan oleh pemuda ini.
Semoga bermanfaat.