Penghasilan projek DIY dan kerja pertukangan pada masa kini tidak hanya tertumpu terhadap golongan lelaki sahaja. Ramai golongan wanita juga telah mula menunjukkan bakat terpendam dalam melakukan kerja-kerja DIY pada rumah kediaman mereka.
Seperti yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Rohan Ida Saswaliza. Beliau juga tidak melepaskan peluang untuk menghasilkan DIY wainscoting cermin ruang tamu pada rumahnya.
Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom sama-sama kita ikuti di bawah ini.
Selesai dalam masa 4 hari.
Kerja tukang perempuan. Senget sikit-sikit mohon pejam mata, gayat juga rasanya panjat tangga tinggi demi deco-decoku tahan jua rasa itu.
Dinding sebelah itu kosong lagi, ada idea?
#KakakSado #CikguIdaBertukang
Bahagian dinding yang ingin dipasang wainscoting cermin tersebut.
Kayu wainscoting mula dilekatkan pada bahagian dinding ruang tamu tersebut. Ukuran saiznya adalah 2 inci.
Selepas itu, jadikan ia seperti frame yang berbentuk petak.
Kemudian, cat bahagian kayu tersebut.
Cat coating mula disapu sedikit demi sedikit.
Bingkai wainscoting tersebut setelah selesai disapu cat.
Frame kecil dilekatkan.
Langkah seterusnya adalah dengan memasang cermin pada bahagian yang telah disediakan itu.
Inilah hasil akhir setelah selesai dipasang wainscoting cermin. Sangat cantik dan kelihatan elegan.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.