Cara Membuat Kolam Renang Yang Simple Dan Kreatif

27,830 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ingin tahu cara membuat kolam renang simple dan kreatif? Sebenarnya mudah sahaja untuk membuatnya jika anda tahu cara dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kolam renang simple dan kreatif.

Anak-anak pasti suka apabila dirumah mereka bakal akan ada kolam renang sendiri. Apabila ada kolam sendiri, mereka boleh bermandi-manda dan bersuka ria diantara satu sama lain.

Menurut daripada saudara Hafiz Ateh AR. Beliau telah berkongsikan cara untuk membuat kolam renang yang simple dan kreatif di halama rumah beliau. Mari kita tengok langkah-langkah beliau apabila membuat kolam ini.

1. Proses Mengorek Tanah

Langkah pertama ialah sebelum memulakan proses mengorek tanah ialah menanda kawasan yang hedak dikorek. Ia boleh menggunakan kayu mahupun talu benang. Seterusnya korek tanah tersebut dengan keluasan yang diinginkan. Dalam projek diy ini, Hafizh menggali tanah menjadi 3 aras kedalaman sesuai mengikut ketinggian anak-anak.

Kebiasaannya untuk rekabentuk kolam renang yang bakal terhasil kita yang aturkan mengikut kreativiti serta bersesuaian dengan ruang.

2. Letakkan Batu Kerikil

Proses meletakkan batu kerikil pada lantai kolam renang mini merupakan langkah yang perlu untuk pastikan lantai bawah kukuh. Batu kerikil seterusnya diratakan dan dipadatkan. Boleh rujuk gambar di atas.

3. Letak Besi Kerangka

Langkah berikutnya, hedaklah meletakkan kerangka besi yang berukuran size 3x2 pada permukaan batu kerikil tadi. Konkrit dituang di atas rangka besi dan diratakan untuk menghasilkan lantai yang kukuh. Kemudian dinding kolam renang pula dibina menggunakan batu-bata.

4. Pemasangan Paip Saluran

Proses yang sangat penting dan tidak boleh diabaikan. Jika tidak kita terpaksa guna baldi untuk cuci air kolam. Buat system piping flow in dan flow out dan pump air untuk air terjun (waterfall) dan air pancut.

Pasti anda suka dapat bermain air hujan ketika mandi bersama anak-anak. Dan pastinya pengalaman sebegini berharga buat anak kecil anda.

 

5. Proses Plaster Dinding

Terpulang kepada kreativiti anda. Dalam binaan ini saudara Hafizh Ateh AR telah membuat ukiran pada plaster dinding. Anda juga boleh pasang mozek jika berminat.

Membuat Kolam Renang Simple Dan Kreatif

 

6. Proses Memasang Mozek

Langkah seterusnya, anda perlu memasang mozek (tile) pada keseluruhan permukaan dinding kolam renang dan sekelilingnya. Jangan lupa untuk letakkan Sika Top Seal pada permukaan konkrit yang berfungsi sebagai kalis air.

Selepas siap memasang tile, jangan lupa untuk basuh serta cuci keseluruhan permukaan kolam renang. Sisa kotoran tanah atau konkrit semasa pembinaan perlu disingkirkan sebelum proses terakhir iaitu cat.

Membuat Kolam Renang Simple Dan Kreatif

Membuat Kolam Renang Simple Dan Kreatif

7. Proses Mengecat

Setelah siap semuanya, kemasan yang terakhir ialah mengecat kolam renang tersebut mengikut warna pilihan masing-masing. Untuk kesan air Nampak lebih cantik dan jernih gunakan warna biru.

Membuat Kolam Renang Simple Dan Kreatif

8. Kolam Renang Siap!!!

Membuat Kolam Renang Simple Dan Kreatif

Masa sudah tiba. DIY kolam renang kini sudah pun sedia untuk diuji. Tapi harus di ingat sebelum membiarkan anak anda mandi-manda dalam kolam renang itu, buat last  inspection pada permukaan kolam jika ada sebarang kekotoran/permukaan yang tidak rata serta merbahaya. Uji berulang kali saluran paip air keluar dan masuk.

Apa-apapun nice job dan kredit kepada pemilik Hafiz Ateh AR.

 

Ingin membaca artikel seterusnya?

Baca juga :- DIY Wall Panel Seakan Dinding Hotel Yang Mudah & Jimat

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down