Cara Mudah Menjaga Mesin Basuh Agar Tahan Lama

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap rumah pasti memiliki mesin basuh. Kebiasaannya barang elektronik yang digunakan secara kerap lebih cenderung untuk cepat rosak. Selain kos maintenance yang tinggi, mesin basuh yang rosak juga akan menyusahkan pengguna. Oleh itu, kali ini admin akan kongsikan cara-cara mudah untuk menjaga mesin basuh supaya tahan lebih lama.

Cara Mudah Menjaga Mesin Basuh Agar Ianya Sentiasa Dalam Keadaan Terbaik

1. Jangan bebankan mesin basuh dengan terlalu banyak pakaian setiap kali membasuh. Ikut rekomendasi daripada pengeluar mesin.

Cara Mudah Menjaga Mesin Basuh

2. Sesekali matikan suis soket selepas menggunakan mesin basuh. Jika suis terlalu lama berada dalam keadaan stand by, computer board akan menjadi semakin panas. Selepas keluarkan baju dari tub, segeralah tutup suis soket.

3. Dalam sebulan sekali masukkan air panas kira-kira lepas 5 minit dijerang ke dalam tub mesin basuh. On mesin dalam mode jumlah basuhan minima bagi mencuci tub dan saluran buang air.

Elakkan mesin basuh tersumbat supaya injap buang tidak tersumbat. Untuk pengguna mesin basuh automatik, anda boleh menekan butang tub cleaning untuk membersihkan mesin basuh.

Cara Mudah Menjaga Mesin Basuh

4. Andai kata putaran mesin semakin lemah dari sebelumnya, ini bermakna belting (wayar getah yang terdapat pada motor mesin basuh) telah longgar.

Kalau pandai, anda boleh menggunakan spanar untuk tegangkan semula belting di bahagian bawah atau belakang mesin. Jika tidak, anda boleh mengupah sesiapa. Kos upah kebiasaannya sekitar RM10-20 sahaja.

Cara Mudah Menjaga Mesin Basuh

5. Andai kata air yang masuk  dalam tub semakin slow, buka bahagian paip air masuk dan bersihkan water filter yang terdapat di belakang mesin basuh.

Cara Mudah Menjaga Mesin Basuh

6. Jika paip air telah dibuka namun air tetap tidak keluar, ini bermakna valve buang air 'stuck'. Kemungkinan besar adalah tersangkut duit siling, objek keras atau sebagainya. Semakin lama dibiarkan, ia boleh merosakkan computer board.

Cara Mudah Menjaga Mesin Basuh

Cermat dalam menggunakan peralatan elektrik akan memanjangkan jangka hayat peralatan-peralatan elektronik di dalam rumah kita. Semoga perkongsian dan tips cara mudah menjaga mesin basuh daripada Giler Deco pada kali ini bermanfaat buat anda.

Kredit: Ridzuan AlFattani

Foto hiasan: Unsplash

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down