Penggunakan rumput karpet tiruan bukan sesuatu yang asing lagi pada masa kini. Rata-rata pemilik rumah lebih memilih rumput tiruan berbanding rumput asli kerana ia mudah untuk dipasang dan tidak perlu dijaga dengan rapi. Itulah yang dilakukan oleh Naziera Nazirom. Beliau telah menunjukkan cara mudah pasang rumput karpet tiruan dengan betul pada kawasan halaman rumah.
Ada yang berpendapat, penggunaan rumput karpet tiruan tidak begitu elok dan selamat. Hal ini kerana, ia boleh mengundang terjadinya tempat tinggal untuk serangga kecil berbisa seperti lipan dan sebagainya. Tetapi jika cara pemasangannya dilakukan dengan teliti dan betul, faktor untuk serangga berbisa membiak di situ mungkin tidak akan berlaku.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut cara pemasangan rumput karpet ini.
Alhamdulillah, simpan sini buat kenangan.
Hasil deko halaman dari Encik Suami. Terima kasih abang realisasikan impian untuk ada tempat santai mengeteh petang-petang.
100% hasil kerja Encik suami D'Lah Mamat mengalih paip, buat kerusi dan meja pallet dan artificial grass.
Halaman rumah dicuci dan diratakan terlebih dahulu sebelum proses pemasangan mula dilakukan.
Keadaan bahagian halaman rumah selepas selesai dicuci.
Proses meratakan tanah diteruskan dengan menggunakan cangkul.
Tanah yang tidak diperlukan dimasukkan ke dalam kereta sorong dan dibuang.
Proses membuat saliran air keluar pada kawasan paip air.
Halaman rumah selesai dicuci.
Langkah seterusnya pula adalah dengan meratakan pasir pada kawasan halaman rumah tersebut.
Pasir selesai diratakan.
Selepas itu. tutup pasir tersebut dengan menggunakan weed matt.
Proses pemasangan rumput karpet sudah hampir siap dipasang.
Rumput karpet tiruan selesai dipasang.
Halaman rumah dihiasi dengan pokok hiasan dan meja kopi.
Bahagian kawasan halaman rumah setelah selesai dipasang rumput karpet dan hiasan pokok dan meja minum kopi.
Kemas dan cantik je cara beliau pasang rumput karpet pada halaman rumah. Jika cara pemasangan yang betul dan sistematik, insha Allah dapat menghalang serangga membiak pada bawah rumput tersebut.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.