Kalau dekat rumah kita banyak perabot lama, meja dan barangan lama yang masih boleh digunakan jangan buang tau! Daripada buang terus, baik kita memperbaharui semula dengan melakukan beberapa penambahan yang menarik.
Cara terbaik untuk kurangkan pelupusan barang rumah di longgokan sampah adalah dengan melakukan perkara seperti ini. Kos pun jimat tak perlu nak beli baru. Kita DIY balik je simple.
Jadi, untuk melihat hasil sebelum dan selepas ianya diubahsuai. Boleh teruskan bacaan dengan lebih lanjut di bawah ini.
Meja atau counter top lama dan buruk jangan buang. Kita resurface je semula guna epoxy resin.
Bahagian counter top ini sebelum diubahsuai.
Counter top sinki selepas diubahsuai.
Meja lama sebelum diubahsuai.
Meja lama selepas diubahsuai menjadi table top ala-ala marble. Cukup menarik dan kreatif.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca di luar sana dalam menghasilkan pembaharuan perabot lama kepada gaya baru. Selamat mencuba.
Kredit: Zuhair Sabtu