Deko Bilik Tidur Dan Bilik Bermain Anak Yang Berusia 15 Bulan

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Semua ibu bapa semestinya akan teruja apabila mendapat cahaya mata. Selalunya, ada ibu bapa yang lebih suka anaknya tidur bersama mereka sehingga umur 4 tahun ke atas. Namun, ada juga ibu bapa yang ingin anaknya berdikari dan mempunyai bilik sendiri. 

Seperti yang dilkakukan oleh pasangan ini iaitu Nazasha Mihaisu dan suaminya telah deko bilik tidur & bermain untuk anak lelaki mereka yang berusia 15 bulan ketika itu. Mari kita lihat deko bilik tidur dan sekaligus tempat menjadikan ruang bermain untuk kanak-kanak lelaki.

Deko Bilik Tidur & Bermain Anak Lelaki

deko bilik tidur dan bermain

Lukisan diinspirasikan daripada Pinterest.

Cat Jenama Jotun Majestic True Beauty Matt

Kod warna:

>> 1076 Washed Linen-base

>> 5125 Orkla dan 4108 Eternal Blue (awan dan geometri)

  • Huruf-huruf(font luna)berharga RM3.50-RM4.90
  • Eyelash berharga RM5.50-RM5.60
  • Gambar frame berharga RM2.99-RM15.99 dari Shopee

Dari IKEA:

  • Storage dengan kotak jenama Trofast berharga RM289(saiz besar)
  • Set meja kanak-kanak jenama Latt berharga RM99
  • Mejajenama Micke berharga RM199
  • Kerusi jenama Loberget/Blyskar berharga RM99
  • Pegboard jenama Skadis berharga RM65(drill-kan pada dinding. Rak dan storage hanya disangkutkan)
  • Rak jenama Bekvam (asalnya rak rempah) berharga RM14.90
  • Papan tulis jenama Mala berharga RM99
  • Frame katil extendable(saiz maksimum single dewasa). Tilam juga boleh dipanjangkan
  • Penyakut topi jenama Krokig berharga RM99
  • Kanopi katil jenama Lova berharga RM59
  • Frame jenama Knoppang berharga RM24.90
  • Almari jenama Billy (menyimpan barang-barang yang jarang digunakan)
  • Kabinet laci jenama Malm berharga RM399 (menyimpan pakaian)
  • Play mat jenama Hemmahos berharga RM 99
  • Karpet jenama Stadsel berharga RM99

Terbahagi mengikut jenis pakaian.

Pembahagi dari Mr. DIY

Boleh dipotong mengikut saiz yang dikehendaki.

Buku dan alat mainan daripada Kaison.

Sudah tentu, anak lelakinya suka pada bilik ini. Sangat cantik dan kreatif. Bukan sahaja boleh jadikan tempat tidur malah boleh jadikan tempat belajar dan bermain. 3 in 1, betul tak? Semoga dengan perkongsian kali ini dapat memberi idea kepada ibu bapa di luar sana untuk deko bilik tidur anak mereka.

Semoga bermanfaat!

Kredit : Nazasha Mihaisu

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down