Tinggal di rumah sewa sudah pasti agak sukar untuk melakukan ubahsuai dan dekorasi rumah mengikut kemahuan kita. Terutama sekali apabila pemilik rumah tidak membenarkan kita untuk melakukan apa-apa perubahan terhadap rumah tersebut.
Namun, jika pemilik rumah yang disewa itu memberi keizinan untuk melakukan dekorasi, tidak salahnya kita cuba hasilkan dekorasi yang terbaik supaya keluarga kita dapat tinggal dalam keadaan yang selesa dan ceria. Itulah yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Sheela Othman. Beliau telah berkongsi dekorasi kreatif rumah sewa flat dari hasil tangan suaminya sendiri.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian gambar dekorasi yang cantik dan sangat kreatif ini.
Hobi kami laki bini mendeko sajalah apabila datang rajin kami. Alhamdulillah kami berkongsi minat yang sama dalam bab deko.
Tidaklah mewah mana, syukur seadanya, asal selesa dan sedap mata kami sekeluarga, walaupun hanya rumah sewa. Alhamdulillah sudah 4 tahun menyewa disini, Owner kami Chinese tapi sangat-sangat baik dan sporting, dia approved kami pasang wallpaper dan deko rumah ikut citarasa kami.
Happy bila pemilik sendiri hargai kami jaga rumah dia dengan baik. Sejak duduk sini sudah 3 kali jugak kami tukar-tukar tema dan wallpaper, InshaAllah ada rezeki kami akan kongsi lagi. Sekarang maintainkan apa yang ada, rotate apa patut.
Semoga menjadi inspirasi pada yang mencari idea. Semoga ianya dapat memberi manfaat.
Pandangan luar bangunan rumah sewa flat tersebut.
Keadaan ruang tamu setelah diterapkan dengan dekorasi yang simple dan menarik.
Hobi suaminya melukis mural 3D. Ianya dilukis pada bahagian bilik bermain anak mereka yang masih belum siap sepenuhnya.
Kerusi daybed itu mereka buat sendiri dengan cara diy dari kayu terbuang sahaja.
Kabinet IKEA tersebut asalnya warna coklat. Selepas itu, cat warna putih, untuk kali kedua cat jadilah warna biru. Cat yang digunakan adalah cat minyak sahaja.
Pandangan dari sudut lain.
Meja konsol ini juga dicat semula, warna asal adalah warna coklat.
Dekorasi pada bahagian bilik tidur untuk empat beranak.
Bahagian ruang makan menggunakan konsep klasik.
Pandangan penuh ruang makan setelah dideko.
Hiasan pada dinding ruang makan tersebut.
Ruang ini disertakan sekali dengan ruang laundry.
Dekorasi pada dapur kecil mereka. Kalau masuk berdua nak bernafas pun susah kerana agak sempit.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat dijadikan inspirasi buat semua pembaca di luar sana yang mahu melakukan dekorasi pada rumah sewa.