Dekorasi Ruang Tambahan Hanya Dari Barangan Terpakai

13,638 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Jika anda mempunyai sebuah ruang yang lebih atau juga ruang tambahan pada rumah ini, elok fikirkan agar ruang tersebut menjadi sebuah ruang yang cantik. Jika dilakukan dekorasi dengan baik, kemungkinan ruang tambahan tersebut akan kelihatan menarik dan cantik.

Macam yang dilakukan oleh Nani's Makeover ini, beliau kongsikan bagaimana sebuah ruang tambahan yang ada dirumahnya diubah menjadi sebuah ruang laundry dan juga tempat berehat. Ruangan tersebut telah ditambahkan lagi dengan tema rustic agar ia kelihatan ala-ala rumah kayu terpakai.

Dekorasi Ruang Tambahan Yang Cantik Dengan Hanya Menggunakan Barangan Terpakai

Tempat ni adalah ruang tambahan. Suami taknak Saya jemur baju diluar. Jadi Kita tambah sikit khas untuk buat laundry. Alaa.. makcik2 kampung nak merasa gak ada laundry.

Oleh sebab ruang ni memanjang, dibahagian hujung Saya buat mini stor tempat buat simpan barang2 keperluan diy Saya. Jadi Tak perlu dah keluar dari rumah untuk ambik barang2 di stor utama dibelakang rumah.

Menghargai tempat yang Ada, Saya hias guna barang2 terpakai sahaja. Sekadar melengkapi perasaan bersyukur punya tempat privasi untuk Saya rehat petang2 hari. Tak Kira cantik atau Tak tempat Kita,

Memadai andainya disitu damai terasa.

Dekorasi Cantik Pada Bahagian Laundry Yang Dilakukan Ini

Inilah dia dekorasi ruangan tambahan yang dilakukan. Jangan terkejut jika deko ini kelihatan macam tidak siap hasilnya dan nampak simple begini. Ini sememangnya bertemakan "rustic deco".

Dekorasi Ruang Tambahan
Dekorasi Ruang Tambahan
Dekorasi Ruang Tambahan
Dekorasi Ruang Tambahan
Dekorasi Ruang Tambahan

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Diharap artikel ini mampu memberikan anda semua sedikit inspirasi kepada anda yang ingin melakukan dekorasi ala-ala Rustic Deco sebegini.

Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Sumber : Nani's Makeover

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down