Dekorasi Rumah Kampung Dengan Sentuhan Gaya Moden

5,794 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah kampung semestinya merupakan rumah idaman yang paling dicari-cari oleh rakyat Malaysia. Berbanding dengan rumah di bandar yang bising dan panas, rumah di kampung sangat sunyi dan sejuk jer. Lebih elok jika anda cari satu tanah kosong membuat satu rumah dikampung.

Lelaki dikenali sebagai Zool Helmy ini menemui satu tanah kosong terbiar dikawasan kampung. Beliau berpendapat ingin mendirikan sebuah rumah kampung beliau di atas tanah kosong itu dan lakukan dekorasi rumah kampung dengan sentuhan gaya moden.

Menurut daripada Zool Helmy ini lagi, beliau menghabiskan sebanyak RM25K untuk lakukan binaan ini termasuk api, air dan juga perabot. Pemilihan dekorasi ini adalah datang daripada hasil idea isteri beliau sendiri. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Lelaki Lakukan Dekorasi Rumah Kampung Dengan Sentuhan Gaya Moden

Rumah Kebun Tokwan santai-santai. Sambil-sambil tunggu durian luruh. Duduk dalam kebun sebulan pun tak pa. Aman dan tenang disini.Idea dan dekorasi dari wife Azimah Mohamad Guna barang-barang bajet. Kayu 2nd hand, ikea, kaison, mr diy, eco dan shopee. Total binaan Rm25k termasuk api,air dan perabot.

Tanah Kosong Dijadikan Rumah Kampung Yang Cantik

Terdapat satu tanah kosong yang terbiar. Saya mengambil inisiatif untuk mendirikan satu rumah kampung dikawasan ini. Alang-alang tempat pun sangat sesuai, nyaman dan strategik.

Dekorasi Rumah Kampung

Proses Membina Rumah Dimulakan

Proses membina rumah dilakukan selepas memperoleh barangan dan juga plan yang saya inginkan. Proses dumulakan dengan melakukan rangka terlebih dahulu.

Sedikit demi sedikit proses dilakukan. Rupa rumah dan nampak dah tu.

Dekorasi Rumah Kampung

Proses membuat tangga pula.

Selesai tangga, beralih pula kepada pemasangan lantai dibahagian luar rumah.

Dekorasi Rumah Kampung

Rupa dalaman rumah tersebut.

Hasil Akhir Rumah Yang Dibina

Akirnya, siap juga rumah kampung yang diimpikan oleh saya ini.

Dekorasi Rumah Kampung Sentuhan Gaya Moden

Dekorasi rumah kampung ini di deko kan dengan konsep dan juga sentuhan gaya moden yang terkini. Banyak inspirasi yang saya lakukan rujukan untuk lakukan deko ini termasuk idea daripada wife saya.

Dekorasi Rumah Kampung
Dekorasi Rumah Kampung
Dekorasi Rumah Kampung

Sumber : Zool Helmy

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down