Cakap jer bab-bab dekorasi rumah papan ni mesti teringat akan tentang menggunakan khidmat interior designer kan? Bagi yang tidak berkemampuan, buat apa nak panggil khidmat tersebut sedangkan anda boleh menghias sendiri rumah anda dengan jimat dan mudah.
Amiereo Adipati berpendapat bahawa cukup sahaja menghias rumah dengan bajet yang rendah. Beliau ada berkongsikan dekorasi rumah papan yang terbiar gabungan daripada barang yang murah. Barang yang murah tersebut adalah dibeli daripada kedai RM2.10 dan juga Shopee.
Perkongsian Amiereo ini telah berkongsikan hasil dekorasi rumah papan beliau didalam dalam Facebook dan hasil tersebut telah menarik perhatian orang ramai. Walaupun hanya menyewa rumah tersebut, namun itu bukan penghalang bagi beliau untuk membuat dekorasi rumah tersebut.
TERDESAK MENCARI RUMAH SEWA
4 bulan dulu. Masa mula2 menyewa rumah ni sangat2 teruk...memang menangis dalam hati...ramai kawan2 yg kurang setuju bila saya nak menyewa rumah ni.
keadaan sgt mendesak sbb tempat sy menyewa dulu telah dibeli oleh seseorang. Hanya ada masa seminggu je untuk pindah dgn keadaan kewangan pun kurang lagi pun sewa rumah ni kira mampu lah utk saya,takda lah mahal sgt. Tapi tak kan kita nak duduk dlm keadaan mcm tu kan stress bak hang
INGIN MELAKUKAN PERUBAHAN
Beliau tekad untuk melakukan perubahan terhadap rumah sewa tersebut. Beliau menyatakan modal tidak keras sangat dan banyak barang dibeli di kedai RM2.10 dan juga Shopee. Bagi beliau, yang penting bajet.
walau pun guna barang2 diy..kedai Rm2...dan cowboy je lampu gantung tu beli kt shopee murah..budget uolzz...lagi pun rumah sewa kan
1) Frame Ayat-Ayat Islam
LINK - https://shope.ee/7zbS5Wu2Bm
2) DeHouze Loft Pendant Light Retro Ceiling
LINK - https://shope.ee/30Cm8N7zzJ
3) Pokok Hiasan Viral
LINK - https://shope.ee/q8HYQflj6
4) Meja Kecil
LINK - https://shope.ee/1q0okJ1U2a
Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco ini. Macam mana dengan perkongsian dan juga dekorasi rumah kayu tersebut? Cantikkan? Terasa macam nak buat sendiri jer. Jadikan ini sebagai inspirasi dan semoga anda dapat membuat dekorasi untuk rumah anda sendiri.
Sumber : Amiereo Adipati