DIY Baik Pulih Sofa Yang Lama Kepada Sofa Kulit Baru

2,863 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Jika terdapat sesebuah sofa yang buruk, teruk dan kondisi tidak cantik. Min harap anda semua jangan buang sofa tersebut sebab sofa itu boleh diselamatkan lagi. Cuma perlu lakukan sedikit touch up sikit dan baik pulih sofa secara DIY macam dilakukan oleh Noraidah Blar ini.

Beliau telah terjumpa satu sofa yang terbuang di tempat pembuangan sampah dan tidak mahu ia dibiarkan begitu sahaja. Beliau telah membawa balik sofa tersebut dan melakukan diy untuk menukarkan wajah sofa tersebut agar nampak baharu kembali.

Perkongsian tersebut telah dikongsikan didalam sebuah grup Facebook Kelab Kaki Deco dan hasilnya mendapat reaksi positif daripada grup tersebut. Jom kita tengok perkongsian daripada Noraidah Blar mengenai DIY ini.

Dari Sofa Yang Terbuang Menjadi Sofa Baharu. Cara DIY Baik Pulih Sofa Lama Ini Sangatlah Berbaloi !

Saya jumpa foldable sofa bed ni kat tempat pembuangan sampah. Tgk body cantik lagi. Kulit & foam je yang dah reput. So saya minta husband angkut balik rumah, saya nak diy. Lepas measure semua, saya order foam & leather kat shopee, total kos rm189.

Buka kulit & foam. Potong foam buat 2 layer sebab saya beli yang 1 inch. Leather baru saya potong & jahit sendiri. Pasang semua sendiri. Hehe macam senang kan? Padahal ambil masa sebulan nak siap.

Ada anak kecil dua org, dorang tido dulu baru saya dapat buat keje sikit-sikit. Alhamdulillah siap & puas hati. Foot bench tu pun kutip kat tempat sama juga tapi hari yang berbeza, tak sempat nak tangkap gambar sebelum. Saya just tambah foam & pakaikan kulit leather yang sama. Boleh la jadi penyeri rumah yang tak ade sofa sebelum ni.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Lakukan DIY

Proses Melakukan DIY Baik Pulih Sofa Terbuang Ini

Berikut merupakan kondisi dan juga rupa sofa ini. Saya ambik ni di tempat pembuangan sampah. Memang luaran dah buruk tapi bahagian dalaman untuk sofa tu masih lagi okay.

DIY Baik Pulih Sofa

Inilah dia dalaman sofa yang saya cakap tu. Kesemua rangka dan juga spring ni masih lagi okay. Sayang jika dibuangnya sebegitu hanya sebab luaran dah tak elok.

DIY Baik Pulih Sofa

Anak-anak buat main pijak lakk foam ni.

Saya letak saja-saja dahulu foam ni. Nak tengok dan ukur. Yang mana ada lebih tu boleh dibuang.

DIY Baik Pulih Sofa

Lepas ukur mengikut saiz sofa tersebut. Inilah dia hasil saya buangkan sisa-sisa foam yang lebihan.

Lepasni beralih kepada pemasangan kulit pula. Untuk pemasangan kulit ni, saya sudah pun potong bahagian demi bahagian untuk diletakkan pada sofa tersebut.

Inilah dia lakaran yang telah saya lakukan ini. Senang sikit kerja nak tahu panjang dan lebar sofa tersebut.

DIY Baik Pulih Sofa

Hasil Akhir DIY Baikpulih Sofa Yang Lama Ini

Dah siap hasil DIY saya ini. Tepi sofa tersebut itu saya jahit dengan wire kulit sofa lama. Bagaimana dengan DIY yang dilakukan ini? Jika anda mempunyai sofa yang hendak dibuang, lebih elok lakukan diy macam saya ni. Tidaklah membazir sangat daripada membeli sofa yang baharu.

DIY Baik Pulih Sofa

Sumber : Noraidah Blar

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down