DIY Dapur Mini Yang Kreatif Menggunakan Kotak Terpakai

770 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Musim cuti sekolah hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi dan bakal menjelma. Anak-anak pasti akan berada dirumah sepanjang waktu cuti sekolah ini tambahan pula apabila negara sekarang dilanda wabak pandemik Covid-19. Semua anak-anak mesti berada dirumah.

Para-para ibu mungkin akan tertekankan kerana risau akan anak-anak yang berada dirumah ini mengganggu rutin harian ibu seperti mengemas, memasak dan sebagainya. Para ibu perlu buat sesuatu agar anak-anak tidak mengganggu rutin harian tersebut.

Seorang rakyat malaysia bernama Dila Dell ada penyelesaian untuk permasalahan para ibu ini iaitu dengan membuat DIY dapur mini yang kreatif menggunakan kotak terpakai. Cara untuk membuat dapur ni sangat simple dan senang. Mari kita tengok cara-cara untuk membuatnya.

“Aktiviti cuti sekolah projek DIY kotak-kotak terpakai bersama anak-anak. Jimat pun jimat modal RM20++ di ECO. Walaupun ibu tak kreatif sangat, tapi bolehla buat suka anak-anak.”

DIY Dapur Mini Yang Kreatif Menggunakan Kotak Terpakai

Dapur Mini Kreatif

Hanya Menggunakan kotak terpakai

Dapur Mini Kreatif

Susunkan kotak-kotak tersebut di satu tempat kosong dan lapang yang sesuai untuk anak-anak bermain. Kemudian, balutkan kotak-kotak tersebut dengan wallpaper yang anda beli di kedai Eco ( Tidak kisah corak apa yang nak guna ). Gunting sedikit kotak untuk bolehkan oven dan mesin basuh anak dibuka dan ditutup.

Letakkan Peralatan Memasak

Dapur Mini Kreatif

Untuk menampakkan lagi dapur yang cantik dan lebih menarik, susun dan letakkan mainan masak-masak anak dengan lengkap bagi menyempurnakan dapur mini mereka. Anak-anak pun lebih seronok dan leka bermain permainan baharu mereka.

Dapur Mini Kreatif

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco. Lepasni anak-anak tidak akan lagi mengganggu para ibu membuat rutin harian kerana mereka anak leka bermain masak-masak di dapur mini baharu mereka.

Semoga bermanfaat semua dan selamat mencuba.

Ingin membaca artikel seterusnya?

Baca juga :- DIY Baiki Kipas Berdiri Yang Slow Menjadi Laju

Follow laman Facebook kami DISINI untuk update terkini dekorasi.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down