Antara salah satu aksesori wajib yang perlu ada di ruang tamu semestinya televisyen bukan? Tanpa tv, rasa macam ruang tamu tidak lengkap lagi-lagi bila hendak "family time" bersama keluarga tercinta. Jadi, bila dah ada tv tu, perlukah kita mempunyai rak tv?
Rak tv memainkan peranan dalam melengkapkan suasana ruang tamu rumah kita. Kalau tiada rak tv, nanti tv tak tahu nak letak kat mana, wayar berselirat dan barang perhiasan yang lain tidak tersusun.
Untuk elakkan perkara sebegini berlaku,apa kata kita DIY sendiri rak tv ini, lagi jimat dan tak payah nak susah-susah beli dari Ikea. Jom kita ikuti perkongsian daripada Ismail Bidin melalui Kelab Kaki DIY
Alhamdulillah hari nie siap jugak kabinet tv ambe. . Mungkin kabinet tv paling lama nak siap . . Hampir 2 bulan
1) Potong mengikut ukuran yang dikehendaki
2) Paku mennggunakan "nail gun" untuk meminima kerosakkan
3) Siapkan rangka utama. Semua rangka ada 3 bahagian
4) Proses rak tepi
5) Siap kerangka rak tepi
7) Selepas siapkan proses mengecat. Lekatkan didinding dengan angle besi.
8) Masuk rak bawah
 9) Rak atas tersangat berat. Kena angkat 2 orang.Â
10) Buat kerangka background dan saluran wayar.Â
11) Potong dan masukkn papan 18 mm. Letak gam siap2.Â
12) Pintu atas tempah kedai. RM 14 sekaki
 12) Beli ikut warna dan corak pilihan. Potong ikut saiz background yang anda inginkan
13) Letakkan gam. Tampal dan siap.Â
14) Pintu atas pasang gas spring. Senang nak bukaÂ
15) Pasang kan TV idaman anda. Saya pasang Sharp 60 inci, memang ngam2Â
Kredit : Ismail Bidin