DIY Ruang Bacaan Pada Bahagian Hadapan Pintu Rumah

603 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kalau ada sebuah ruang yang kosong pada bahagian hadapan pintu rumah tu agaknya apa yang akan dilakukan oleh anda? Kalau dibiarkan macam tu nampak kosongkan? Kalau boleh nak ada sebuah tempat deko yang cantik disitu.

Ikuti sebuah projek DIY ruang bacaan yang dilakukan oleh Muhammad Hazamin Bin Harun ini. Beliau berkongsikan cara dan hasil akhirnya didalam media sosial Facebook. Dari ruang yang kosong kini dihiasi dengan ruang bacaan yang cantik dan menarik.

Jom kita melihat hasil DIY yang dilakukan oleh beliau ini. Mana tahukan boleh jadikan DIY ini sebagai inspirasi untuk anda semua.

DIY Ruang Bacaan Cantik Pada Bahagian Hadapan Pintu Rumah Beserta Kabinet Gantung

Ini lah aktiviti PKP selain makan dan tidur serta menternak lemak, saya ada buat kerja kontrak sikitlah, client saya cuma orang rumah je lah setakat ni hehhee. Selesai buat Shiplap kat pintu hari tu, pasang lantai spc, pastu ni buat sudut membaca ni depan pintu utama dengan pasang kabinet semua.

Disebabkan amatur, jadi senget benget sikitla pintu cabinet tu. Wall cabinet tu dah lekat direct ke dinding, tapi pasang jugaklah L-shape support bawah tu utk double protection. Kabinet tu semua beli kat shopee je, ni bukan kabinet parlimen kan. Hahaha.

Pasang sendiri agak mujahadah jugak sebab semua tulisan bahasa cina. Untuk yang mungkin bertanya pasal kabinet ni nak beli kat mana, saya sertakan sekali link shopee (boleh buat kabinet dapur juga)

Bahan-Bahan Yang Digunakan Untuk Lakukan DIY Ruang Bacaan Ini

Langkah-Langkah Untuk Lakukan DIY Ruang Bacaan Ini

Pasang lantai SPC. Tak recommend guna material ni sebab rapuh sangat dan senang pecah. Better guna Vinyl lagi.

DIY Ruang Bacaan

Kabinet dinding dan kabinet bawah beli di shopee, kena pasang dulu sebelum lekat ke dinding.

DIY Ruang Bacaan

Kabinet lekat ke dinding dengan skru2 yang dah di provide masa beli rak. Cuma tambah L Shape bawah tu nak bagi lebih confident.

DIY Ruang Bacaan

Sebelum lekat pintu kabinet.

Lekat pintu kabinet. Dia punya engsel Adjustable senang nak bagi fit.

DIY Ruang Bacaan

Hasilnya. Cuma kabinet bawah tu perlu ada extra support kayu kat dalam kalau orang dewasa nak duduk sebab kalau ikut yang asal macam tak kuat sangat untuk duduk.

DIY Ruang Bacaan

Tempat budak-budak nak pakai kasut sambil tunggu nak pergi sekolah.

DIY Ruang Bacaan

Sudut membaca dan simpan barang belakang pintu masuk utama.

DIY Ruang Bacaan

Kredit : Muhammad Hazamin Bin Harun

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down