Sesiapa yang ada masalah mempunyai sarang anai-anai dirumah kayu terutamanya rumah kampung sudah masanya untuk anda lakukan sesuatu untuk anai-anai yang ada dirumah tersebut. Jika dibiarkan begitu kemungkinan kerosakkan pada rumah kayu akan jadi lebih teruk lagi.
Cucu Atok D'Pallet yang pakar dalam membuat kerja-kerja kayu ini kongsikan bagaimana untuk melakukan DIY semburan anai-anai dengan mudah dan senang hanya menggunakan 2 bahan sahaja. 2 bahan tersebut adalah garam dan juga minyak tanah.
Bagaimana untuk melakukan semburan anai-anai ini? Jom kita lihat perkongsian daripada Cucu Atok D'Pallet ini untuk membuat diy semburan anai-anai ini.
Alhamdulillah. Dari perkongsian sahabat-sahabat kita. Akhirnya berjaya menjalankan operasi pembasmian anai-anai. Semoga mereka-mereka semua telah berpindah dan tidak kembali lagi seperti masalah yang diberikan sahabat kita sebelum
Bahan-Bahan Untuk Lakukan DIY Semburan Anai-Anai Ini
Cara Untuk Membuat Semburan Anai-Anai Ini
Pertama sekali, campurkan garam dan juga minyak tanah kedalam bekas (saya guna tin thiner). Biarkan campuran tersebut semalaman dan keesokannya mulakan operasi.
Kesokkan harinya semburkan campuran tersebut pada sarang anai-anai tersebut.
Hasilnya memang menjadi! Bersidai semua anai-anai yang kena tu. Bulan depan kita tengok dia mai lagi tak. Moga berguna untuk semua.
Info tambahan Untuk Semburan Anai-Anai Ini
Sumber : Cucu Atok D'Pallet